Jaemin pandang telefon yang menyala. Kepala mula memikir sama ada betul ke apa yang dia lakukan ini.
Mesti Jaera menunggu panggilannya. Mata memandang mesej Jaera pada pukul 11:50 malam tadi.
+ Jaera.
Awak tak ingat ke esok hari apa?Pesanan itu langsung dia tidak balas. Mana mungkin dia lupa tarikh lahir Jaera.
Dan tepat pukul 12 malam, dia menerima lagi mesej daripada Jaera.
+ Jaera.
Awak marahkan saya ke? Kenapa awak tak balas.Meraup wajahnya, Jaemin terus mencapai mug minumannya dibawa ke dapur. Selepas mencuci dia terus naik ke bilik. Sudah masuk jam 1 pagi. Mesti Jaera sudah tidur.
Tak apa lah, yang penting dia dah cuba membuat panggilan. Jaera jawab atau tidak, itu lain cerita.
Sesaat, telefon berdiring. Jantung berdegup laju menanti panggilannya dijawab. Tidak lama itu, terus kedengaran suara mamai menyahut.
"Jae, awak call saya?"
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fiksi Penggemar⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...