Suasana diam untuk beberapa minit selepas panggilan bersambung.
Jaera yang menanti suara Jaemin membalas.
Dan Jaemin seakan kelu lidahnya.
"Jaera..."
"Awak..."
Diam.
"Awak dulu." Jaera bersuara memberikan dia bercakap dahulu.
"Saya minta maaf sebab buat awak marahkan saya."
"Saya dah tak marah. Awak tak salahpun dalam hal ni. Saya aje yang melebih."
"Tak, awak tak melebih pun sayang. Awak..." kata- kata Jaemin terhenti apabila Jaera memotong ayatnya.
"Awak ingat hari ni Jae?"
"Tak mungkin saya lupa tarikh hari ini." Serentak mendengar jawapan Jaemin, ada nada sayu dihujung panggilan.
"Nasib ba-..."
"Happy birthday sayang."
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...