Kepala menoleh memandang pintu yang terbuka dari luar. Jaera mendekati jaemin. Wajah penat suaminya ditatap.
"Banyak kerja ke?" menggamit lengan Jaemin, dibawa suaminya duduk di birai katil.
"Bolehlah. Tambah dengan selesaikan masalah Nara lagi."
"Kenapa dengan Nara?" Laju Jaera menyoal ingin tahu tentang keadaan gadis itu. Mengikut apa yang diceritakan suaminya beberapa hari lepas, Nara telah keluar dari rumah Jaehyun. Itu pun selepas ibu Nara datang ke rumah Jaehyun. Selepas itu, dia tidak tahu perkembangan gadis itu.
"Berani sangat Nara tu jumpa boyfriend dia. Tuan dah banyak kali bagi amaran tapi dia tak nak dengar. Nasib tadi tuan datang cepat, kalau lambat... tak tahu apa jadi dekat dia." Dihujung bicaranya, ada keluhan penuh kepenatan.
Kesian Jaera. Terus tangannya ringan mengurut bahu si suami. Terpejam seketika Jaemin dengan urutan lembut isterinya.
"Lepasni awak mandi. Nanti kita dinner sama- sama. Saya nak hidangkan sekejap." Jaera bangun selepas mengurut bahu si suami. Belum sempat Jaera mengatur langkah, tubuhnya ditarik duduk di riba suaminya.
Mengerut dahi jaera memandang wajah suaminya. Lain macam!
"Kenapa?"
"Saya tak dapat kiss lagi."
"Mengada." Mencebik dengan aksi manja si suami. Tetapi dia tetap juga hadiahkan ciuman di bibir Jaemin.
"Okay, go shower."
Akur, Jaemin lepaskan si isteri.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...