Jaemin memandang alat ujian kehamilan di tangannya. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Betul ke sayang?"
Jaera mengangguk. Dia melingkarkan tangannya di lengan suaminya. Kepala dibaringkan di bahu sasa itu.
"Happy tak?"
"Sangat." Tangan Jaera dibawa ke bibirnya lalu dicium. "terima kasih sayang."
"Bila sayang dapat tahu pregnant ni?"
"dua hari lepas awak pergi. Saya rasa badan lain macam, apa yang saya makan langsung tak kena dengan selera. Terus saya ajak omma teman pergi klinik. Tak sangka pula doktor beritahu yang saya mengandung. Dah masuk empat minggu."
Tersenyum Jaemin mendengarkannya. Tangannya mengusap perut isterinya.
"Anak daddy... ke anak appa."
"Daddy." Laju Jaera menjawab panggilan yang bakal anaknya panggil.
Tidak sabarnya dia ingin menatap wajah anaknya nanti. Agak- agak mengikut muka siapa nanti.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...