Silap Jaemin dia ingatkan perbuatan dua hari lepas tidak diketahui sesiapa, tetapi rupanya perbuatan jahatnya dilihat Jaera.
Capai tangan gadis itu, sekali lagi Jaera merentap kasar.
Jaemin mengeluh halus. Rambut hadapanya yang terjuntai dikuak kebelakang.
Buntu fikirannya mahu memujuk Jaera. Walaupun ini bukan pertama kali Jaera merajuk, tetapi rajuknya kali ini disebabkan perbuatan yang teruk.
"Jae, saya..."
"Awak jangan cakap dengan saya. Saya benci dengan awak. Sanggup awak..." Kata- katanya terhenti apabila teringatkan balik kejadian itu.
"Saya boleh jelaskan."
"Jelaskan, saya nak dengar." Berpaling tubuh dari memandang Jaemin, Jaera memusing membelakangi Jaemin.
"Saya tahu awak mesti salah faham dengan kerja saya. Kerja yang saya lakukan selama ini tak salah disisi undang- undang. Saya tak pernah pun lakukan kerja macam tu selama ini. Cumanya, perkara yang saya buat pada Nara tu atas arahan tuan saya. Tuan nak selamatkan Nara dari teman lelaki dia. Teman lelaki dia berbahaya, Jae. Dia perogol, main judi, banyak berhutang dengan orang dan salah seorang yang pernah jadi mangsa rogol dia adalah adik tuan saya..."
Kata- kata Jaemin membuatkan Jaera begitu tersentak mendengarnya. Dia salah menilai Jaemin.
"Saya terpaksa turutkan permintaan tuan sebab kami nak selamatkan Nara dari jadi mangsa teman lelaki dia."
Jaemin menarik nafas dalam. Tentang Nara dia sudah ceritakan semuanya. Harap marah Jaera surut selepas mendengarnya.
Baru Jaera mahu menghadap tubuh Jaemin, nama Jaemin dipanggil.
Jaemin menoleh memandang omma Jaera yang memanggilnya. Kaki menapak menghampiri wanita itu.
Sementara Jaera masih kaku ditempatnya berdiri.
"Jom makan malam sekali dengan kami." Ajak omma.
Pantas Jaemin menggeleng. Jam di tangan di pandang.
"Saya ada kerja makcik. Nanti saya datang lagi jumpa Jaera dan makcik."
"Kalau macam tu tak apalah, hati- hati."
Jaemin mengangguk kecil. Kaki melangkah ke kereta tetapi dia sempat berhenti dihadapan Jaera untuk katakana sesuatu. Tangan gadis itu dicapainya. Mujur kali ini Jaera tidak menepis lagi.
"Saya ada kerja. Nanti kita jumpa." Leraikan tangan jaera, kaki terus berjalan ke kereta. Harapnya selepas ini mereka berjumpa, Jaera tak akan terus merajuk dengan dia.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...