Perut yang berbunyi sedari tadi mematikan fokus Jaera untuk mengulangkaji. Barang-barangnya dikemaskan. Dia mahu pergi ke cafeteria untuk mengisi perut.
"Nak pergi mana Jaera?" Ara, teman sekumpulan menegurnya.
Jaera menoleh pada gadis itu dengan perut ditangan dan bibir mengatakan lapar.
"Nak ikut." Yerin yang mendengarnya nak pergi cafeteria terus mengemas barang- barangnya.
"Eh no!" Laju Jaera menghalang perbuatan Yerin. Sebenarnya selepas ke cafeteria dia nak jumpa seseorang. Tidak mahu dia kawan-kawannya tahu.
"Kenapa?" Wajahnya sudah dicebikkan.
"Aaa... Lepas makan aku nak terus balik."
"Kau tak datang sini balik?" Yerin menyoal dengan wajah tertanya-tanya.
"Tak." Jawabnya, beg disangkut dibahunya.
"Okay." Yerin bersuara pasrah.
"Sorry ya Yerin, esok aku belanja kau lunch." Sempat Jaera membuat janji sebelum berlalu pergi dari situ.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...