"Janganlah ini mainan kita."
"Ini kita punya lah."
Jaera terus ke hadapan apabila terdengarkan suara anaknya. Membulat matanya melihat Jaeil berebutkan mainan dengan Nayeon.
"Ini kita punya lah. Daddy kita yang beli." Terus kedengaran tangisan Nayeon apabila mainan Jaeil diambil.
Jaeil terus menyorokkan mainannya di belakang tubuhnya.
Tangisan Nayeon terus membuatkan Jaemin yang di bilik turun ke ruang tamu.
"Kenapa sayang?"
"Jaeil berebut mainan dengan Nayeon."
"Tak macho betul anak kita ni." Sindir Jaemin mendekati Jaeil dan Nayeon.
"Daddy..." Perasan Jaemin mendekati, Jaeil terus mendapatkan daddynya. Mainannya dibawa sekali. Siap disorokkan di belakang.
Sementara Jaera mengangkat tubuh Nayeon duduk di ribaanya. Anak kecil itu ditenangkan.
Melihat Nayeon yang berada diribanya, tidak semena- mena tangisan Jaeil pula kedengaran.
"Mummy..."
Tergeleng kepala Jaera dan Jaemin melihat sikap Jaeil. Dengan Nayeon pun nak cemburu.
"Jaeil, daddy tak sukalah awak macam ni. Berkongsi lah mainan dengan Nayeon. Tak baik tau bergaduh dengan Nayeon. Nanti dia tak nak datang rumah kita lagi." Jaemin menegur anaknya lembut. Kesian dia melihat Nayeon yang terpaksa beralah dengan Jaeil. Sedangkan Jaeil paling tua daripada Nayeon.
"Jaeil taknak kawan dengan Nayeon." Terus mukanya disembamkan di bahu Jaemin. Tersedu- sedu dia di bahu daddynya.
"Tak baik tau kalau tak kawan. Nanti dah besar daddy kahwinkan Jaeil dengan Nayeon."
"Tak nak!" Semakin kuat tangisan Jaeil apabila diusik Jaemin.
"Nayeon nak kahwin tak dengan Jaeil?" Sengaja Jaemin bertanya pada Nayeon yang sudah reda tangisannya.
"Tak nak juga." Laju Nayeon menjawab.
Tersengih Jaemin dan Jaera.
"Nampak gayanya kita tak dapat berbesan dengan Jaehyun dan Nara lah sayang."
"Eee awak ni tak baik menyakat budak kecik."
Begitulah kisah mereka...
Kisah yang penuh dengan cinta antara dua insan.
Sampai disini kita tutup kisah mereka🤣
Terima kasih semuanya sudi baca kisah hambar ini.
Ada rezeki kita jumpa di next cerita pulak okiess.
Take care and stay safe everyone!Xoxo😘
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...