Yerin menunduk separa mengucapkan terima kasih kepada Jaemin belanja dia makan tengahari itu.
"Thank you Jaera. Jumpa dekat campus esok." Bahu Jaera dirangkul.
Sekejapanya mulutnya berbisik perlahan sesuatu ditelinga kawannya.
Jaera yang mendengarnya berdecit halus. Mencari telinga Yerin, mulutnya berbisik.
"Kau tunggu aku balas dendam."
Lepaskan pautan bahu, Yerin sembunyi senyum. Langsung tidak takut dengan ugutan balas dendam Jaera.
"Aku pergi dulu, bye."
Melangkah keluar gadis itu, Jaemin memandang Jaera yang sedari tadi memasamkan wajahnya.
"Kenapa muka cemberut dari tadi." Tangannya naik memegang dagunya lalu diangkat wajahnya menatap antara satu sama lain.
Tidak semena- mena terasa aliran elektrik ditubuhnya. Sentuhan Jaemin di wajahnya...
"Saya malu Yerin cerita tentang saya pada awak." Jawab Jaera jujur.
Mereka berjalan keluar melalui kedai-kedai di sepanjang jalan. Jaemin menunduk. Tangannya disatukan dengan tangan Jaera.
"Kenapa nak malu?"
"Ah saya..." jaera tunduk memandang tautan tangan mereka.
Tiba- tiba dahinya terasa sakit dengan jentikan halus disitu. Kalau bukan Jaemin siapa lagi yang menjentiknya.
"Dari tadi kau asyik tergagap aje bila nak bercakap. Kau berdebar ke keluar dengan aku."
Jaemin matikan langkah antara mereka. tubuh jaera dibawa menghadapnya.
"Aku suka dengar Yerin cerita tentang kau. Nak tunggu kau cerita tentang diri kau mesti lama lagi aku nak dengar..." Seketika dia bawa tangan menyentuh kulit pipi jaera.
"Mulai hari ni aku taknak kau malu dengan hubungan kita. Aku nak jadi pendengar setiap perkara yang kau lalui dalam hidup kau. Boleh?"
"Kenapa awak suka saya?"
Jaemin mendongak memandang langit. Mencari jawapan untuk soalan Jaera.
"Hati aku. Hati aku pilih kau. Dia tertarik dengan diri kau dari dulu lagi."
Wajah jaera berona merah mendengarkannya. Apa yang dia tahu kata- kata Jaemin kedengaran ikhlas.
Menaut kembali pegangan tangan, mereka berjalan menuju ke panggung wayang.
"Aku baru tahu yang kita banyak persamaan."
"Maksud awak?"
"Kita berkongsi perkara yang kita suka bersama."
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...