sichi

18.5K 579 66
                                    

Sinar matahari menusuk masuk kedalam mata Chenle dan berhasil membuat dia terbangun. Tangan nya meraba raba sekeliling lantai untuk mencari sosok Jisung tapi tidak detemuinya.

Mencari ditandas dan bilik mandi juga tidak dia temui sosok Jisung. Dia berfikir Jisung sedang berada di bawah, mungkin sedang makan tapi kenapa tidak membangunkannya?

Dengan malas Chenle berdiri dan berjalan kebawah mencari Sang Kekasih dengan rambut yang masih berantakkan. Dia berjalan dengan mata yang masih tertutup perlahan lahan menuruni tangga

Tunggu, ada yang menghalang perjalanannya, chenle membuka mata dan melihat kebawah. Matanya membulat saat melihat Jisung yang terbaring lemah di atas lantai tanpa mengenakan pakaian dengan luka di seluruh badannya.

Chenle melepas bajunya dan menutup dibahagian sensitif Jisung lalu mengangkatnya masuk ke dalam bilik. Dia membaringkan Jisung di atas kasur dengan berhati hati.

Dengan cepat dia berlari ke bilik Haechan.

"Haechan hyung!"

Haechan yang sedang fokus dengan haiwan peliharaannya iaitu Atolia si ular mengalihkan pandangannya dan menatap hairan ke arah Chenle.

"wae" jawabnya malas

Chenle memohon dengan Haechan untuk membawa Jisung ke hospital. Haechan menggeleng. Bahaya jika Jisung dibawa ke hospital, takut takut dokter membuat laporan jika melihat keadaan Jisung seteruk ini. Dia hanya memberikan ubat ubat yang mungkin boleh membantu Jisung dan menghalau Chenle keluar.

 ̄ ̄

Chenle merendamkan kain dengan air yang sudah dicampurkan dengan ubat dan mencuci semua luka di seluruh badan Jisung.

Isakannya tidak berhenti terdengar. Dia takut Jisung tidak akan bangun lagi, dia takut Jisung akan meninggalkannya. Dia menggenggam tangan Jisung erat sambil menangis.

"Jisung-ah bangun"

Chenle meletakkan kepalanya di pundak sang kekasih yang masih terbaring lemah di atas kasur. Mulutnya tidak henti henti mengucapkan doa agar Jisung cepat bangun. Dia menangis terisak isak tanpa henti.

Tengah sibuk mengalirkan air mata, tiba tiba pucuk kepala chenle terasa dicium. Chenle mendongak ke atas dan melihat Jisung sudah bangun dan tersenyum manis ke arahnya.

Tangisan Chenle semakin kuat apabila melihat Jisung menebarkan senyuman manis kepadanya padahal dia sedang kesakitan

"shuttt-"

Jisung meletakkan jari telunjuknya di mulut Chenle meminta dia untuk berhenti menangis. Dia tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk menggendong chenle ala koala demi memberhentikan tangisnya. Dia hanya mengusap lembut pipi pau milik chenle.

"kenapa kau tidak berbaju?"

"Bajuku kupakai untuk menutup badan mu yang tidak berkain"

Jisung mengangkat selimutnya dan mendapati dirinya sedang terlanjang bulat. Oh baru dia ingat dengan Kejadian semalam di mana yuta—

Sudah lupakan..
Fikirannya menjadi terganggu. STRESS!

"Apa yang jadi semalam"

Chenle memegang kedua pipi Jisung dan mengalihkan wajah Jisung untuk menatap ke arahnya.

Jisung dengan berat hati menceritakan hal semalam, semakin berat hatinya untuk bercerita bila mata chenle mulai mengeluarkan air mata lagi. Dengan sekuat tenaga dia mengubah posisinya menjadi posisi duduk dan menarik chenle kedalam pelukannya.

Love? | Jichen🔞✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang