G203 - Kolej Tun Teja
"Kau cuti sem ni nanti nak jadi pekebun berjaya ke memang dah ada backup plan?"
Ainur becok bertanya.
Dengan mulut penuh dengan kerepek kentang berjenama Lay's perisa sour cream!
...
'Hishhh member siapalah yang terlebih adab ni?'
Sarah hanya memandang Ainur dengan satu pandangan seperti hendakk menghempuk kepala manusia bernyawa!
"Ainur Zaskiah, kau ni cuba habiskan dulu makanan baru bukak mulut! Pakkal je kau ni kawan, kalau adik akulah dah lama aku terpaksa blend lay's sampai jadi serbuk tahu untuk bagi kau makan!"
Ainur sudah tergelak sakan tapi dalam masa yang sama dia tidak dapat tangkap maksud kawannya yang brutal tu.
Innuendo betul!
"Apasal kena blend pulak?"
Sarah hanya tersengih sebelum dia menyambung ayatnya.
"Kena blend sebab gigi kau tertanggal! Kau kalau makan sambil bercakap lagi sekali, memang betul-betul kau hilang nikmat mengunyah makanan guna 32 batang gigi tau!"
Sarah ni kadang-kadang nampak sopan santun tapi kalau orang yang rapat dengannya pasti tahu perangainya yang sebenar macam mana.
Selamba badak je bila bercakap.
'Hello, aku jadi selamba badak bila dah selesa dengan orang okay! Takkan aku nak buat perangai selamba dog dengan orang asing pulak, kan??'
...
"Aku tengah cari juga kerja dekat area rumah mak tok. Tapi kalau memang tak ada, aku rasa aku dah start kena cari baja organik untuk tanam anggur. Kau?"
Ceih! Setiap sem mesti semangat nak cari kerja sambilan membuak-buak tapi bila dah start cuti semester, haram!
Banyak masa dihabiskan dengan membawa atuk dan neneknya berjalan!
Cucu mithali katakan...
Mithalilah sangat nyah!
Sambil-sambil tu, memang Sarah mengetuk duit mak tok dan tok ayahnya!
"Aku macam biasalah akan cari new hobby untuk setiap kali cuti semester..."
Ainur dan mencari hobi, berpisah tiada!
'Lepas ni, aku dah boleh tukar nama budak sorang ni sebagai Ainur Si Pengumpul Hobi...'
Sarah sudah mula menukar nama contact Ainur kepada nama yang tertera di atas tu lah...
Saved!
...
Ibu dengan ayah Sarah tidak berada di Malaysia dan sekarang ni memang susahlah mereka hendak berjumpa sebabkan banyak kekangan yang muncul.
Mereka berada di Brunei dan bekerja di sana sudah hampir 13 tahun sebagai tenaga pengajar di salah sebuah universiti awam dan cikgu sekolah menengah.
Nak lebih spesifik, Ilyas bertugas sebagai pensyarah manakala, Indah merupakan seorang cikgu bahasa di salah sebuah sekolah menengah di Brunei.
...
"Kau kalau free, tidurlah rumah aku Ainur. Bosanlahhh aku nanti..."
Haruslah dia bosan dah kalau tak ada kawan sebayanya hendak diajak berbual.
Nak berbual dengan maktok dan tok, boleh je tapi bukan semua benda boleh masuk!
Pernahlah juga Sarah beriya cerita pasal Park Seo Joon kepada mereka berdua, hmmm satu habuk tak faham.
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
लघु कहानी"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...