"Sarah dah siap ke kemas barang-barang untuk balik Brunei?"
Soalan yang diajukan oleh Zaihah membuatkan Sarah sedikit terkejut.
Sebenarnya dia sedang mengelamun. Tangan sahaja bergerak tapi mindanya telah terbang melayanh entah memikirkan apa...
...
"Errr...dah maktok. Tapi macam biasalah ada lagi beberapa barang belum masuk luggage."
"Okay kalau gitu. Maktok risau nanti kelam-kabut kalau tak siapkan packing barang ni, kan..."
"Ai ai chief!"
"Sambunglah packing, maktok nak siram pokok bunga dekat laman. Haus dah pokok bunga maktok semua..."
"Pokok pun tahu hausss..."
...
Sambil-sambil Sarah sedang leka mengemas barang-barang yang bakal dibawa pulang semula ke Brunei, Sarah terlihat ssebuah kotak bersaiz empat segi yang terletak dibahagian bawah rak buku miliknya.
Tangan kanannya mengelap penutup kotak tersebut yang sedikit berhabuk.
"Hmm selain rajin kumpul buku kau juga seorang pengumpul habuk ya, Sarah?"
...
Sarah bertanyakan diri sendiri.
...
Sarah ingat-ingat lupa akan isi kandungan kotak tersebut. Tapi rasanya macam dia tahu...
Sarah tersenyum kecil bila melihat barang yang tersimpan di dalam kotal tersebut.
Gambar dirinya dengan Nuh, pembalut coklat, lukisan-lukisan bodoh yang dirinya lukis bersama-sama Nuh dan beberapa "khazanah" lain yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Sarah suka menyimpan sesuatu yang dia rasakan mempunyai nilai tersendiri. Waimah "luck letter" yang ada di kedai minuman Xing Fu Tang pun turut disimpannya!
...
"Lepas ni dah tak akan berjumpa lagi dah. We will never cross each other's paths..."
Kotak tersebut kembali ditutup dan diletakkan semula di tempat asalnya sebentar tadi.
...
Tangannya sudah berhenti mengemas lalu laju mencapai telefon disebelahnya. Malam itu, Sarah sedikit teremosi. Dia kembali mencari nama Hanim dan membaca semula kesemua pesanan ringkas yang pernah dihantar oleh Nuh. Dan dia juga mendengar semula voice note yang dihantar oleh Nuh.
...
Sarah sangat merindui figura lelaki itu. Tapi dia tahu dirinya sangat ego sehingga membuatkan lelaki itu pergi meninggalkan dirinya.
...
"Kalau nak sedih, biar setakat harini je. Esok-esok, no more tears!"
Sarah kembali bercakap dengan diri sendiri.
...
"Kau yang reject Nuh lepas tu kau pula yang nak meratap? Punyalah lelaki tu ikhlas to get to know you, tapi kau sendiri yang sengal..."
Ya, Sarah memang sengal!
Nuh yang dia kenal dulu dan Nuh yang sekarang memang berbeza tapi dia masih lelaki yang sama. Bezanya cara berfikir dan tindakan lelaki itu sahaja yang berbeza.
...
Sarah mendiamkan diri dan kembali termenung. Dia harus belajar untuk melupakan perkara lepas dan kembali meneruskan hidup tanpa perlu menoleh kebelakang semula.
Kejar segala peluang yang berada di hadapan bukan sebaliknya.
...
P/s: Hi! Update terbaru. Pray for me untuk habiskan cerita ni. Pleaseeeeeee (^3^) aku pun bosan juga tengok cerita ni tak ada ending lagi huhuu. Kalau bosan bagitau ya. Let me know yr feedback!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...