Sarah masih lagi teringatkan kejadian semasa di depan kaunter pembayaran Lotus tadi.
Seperti tidak boleh move on dan mindanya seperti sedang derhaka kepada tuan badan! Haruslah derhaka sebabnya Sarah seboleh-bolehnya mahu melupakan terus kejadian itu tapi mindanya asyik mengulang tayang kejadian tadi!
Derhakalah kan maksudnya?
...
Selalunya chocolate yang dibeli akan diletakkan di dalam satu bekas yang telah dikhaskan. Semua orang di dalam rumah itu boleh makan tanpa perlu meminta izin sesiapa. Tetapi tidak untuk chocolate kali ini.
Sarah sudah membawa naik sekotak Twix itu ke dalam bilik tidurnya. Tak kisahlah kalau Saif hendak melabel dirinya sebagai Si Kembar Yang Kedekut, Sarah tidak heran!
...
"Sarah! Takkanlah kau nak cakap chocolate ni ada sentimental value sendiri?"
Sarah menyoal dirinya sendiri.
Pening betullah dengan dirinya sendiri saat itu. Sarah berkira-kira hendak menyimpan Twix itu di dalam bilik atau tidak.
Orang lain mungkin akan mengatakan yang Sarah ini merupakan seorang perempuan yang complex dan complicated. Benda kecil tapi fikirnya macam perkara itu merupakan satu beban yang besar.
...
"Eleh! Dia orang cakap senanglah! Ni Nuh kot yang bagi!"
Sekali lagi Sarah bersuara. Berperang dengan inner thoughts sendiri!
...
Hendak dijadikan cerita, ada kisah disebalik kejanggalan yang berlaku.
...
Imbas kembali
*korang ingat lagi tak part di mana Sarah, Saif dan Ainnur makan di Restoran Murni?
Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, Sarah galak memerhati gelagat pengunjung yang datang bagi mengisi perut itu.
Ada bermacam-macam ragam manusia yang Sarah dapat saksikan. Sehinggalah sepasang mata milik Sarah tertancap pada susuk tubuh seseorang yang Sarah sangat kenali.
Ralit Sarah memerhati lelaki yang sedang makan dengan 2 orang lelaki asing itu.
Apabila mata mereka bertembung, Sarah mengukir senyuman buat lelaki itu dan tangannya juga dilambaikan ke arah lelaki itu.
...
Entah apa yang merasuk Sarah saat itu, dia terus bangkit dari tempat duduknya dan mula menapak mendekati meja lelaki-lelaki tadi.
Hanya satu sahaja perasaan Sarah saat itu.
Teruja.
...
"Hai, Nuh!!"
Sarah dengan terujanya menegur.
Suasana di meja itu pada mulanya sedikit riuh bertukar sepi.
...
"Do I know you?"
Sapaan Sarah hanya dibalas dengan soalan. Soalan yang membuatkan Sarah sedikit malu.
...
'Kenapa dia buat-buat tak kenal aku?'
Sarah sedikit pelik bila reaksi janggal dan tidak selesa Nuh menghiasi kornea matanya.
...
"Tak kenal atau buat-buat tak kenal?"
Sarah masih lagi setia berdiri di sebalah meja tiga orang lelaki itu.
...
"Girlfriend kau ke bro?"
Soal seorang lelaki yang mukanya dipenuhi jambang dan misai yang kemas di-trim.
...
"Hell no. Aku tak kenal dia siapa. Sorry miss, saya memang tak kenal awak siapa?"
"Awak salah orang kot?"
Nuh berkata jujur.
...
Jawapan itu cukup membuatkan Sarah malu dan sedikit berjauh hati.
'Sampainya hati.'
Sah! Sarah memang terasa dengan jawapan yang keluar daripada mulut lelaki itu.
...
Tidak menunggu lama lekas-lekas Sarah meninggalkan meja lelaki itu.
"Err sorry. Saya silap orang."
...
Malunya hanya dirinya dan Tuhan sahaja yang tahu.
...
Duduk sahaja di tenpat duduknya, Ainnur terus sahaja menyoal Sarah seperti tiada hari esok!
Dan Sarah hanya menjawab ala kadar dan sudah semestinya jawapan yang diberikan hanya semata-mata untuk menutupi malunya yang sudah bertingkat-tingkat!
...
Ainnur pula sejenis yang cepat berpuas hati dan jadinya tiada soalan-soalan cepu emas diajukan kembali kepada Sarah.
Tetapi jangan dilupakan kehadiran Saif yang sememangnya tahu ada perkara yang tak kena. Saif hanya diamkan sahaja dan memberi ruang buat adik kembaranya tenang sendiri.
...
Tamat imbas kembali
...
Jadinya selepas kejadian itu Sarah memang yakin Nuh sudah tidak mengingati dirinya. Segala memori yang mereka pernah cipta bersama dulu hanya tinggal kenangan.
Kenangan untuk Sarah.
Hanya Sarah seorang yang ingat setiap detik mereka berdua meluangkan masa. Tempoh 3 bulan itu sendiri cukup bermakna buat Sarah. Tapi apakan daya, Nuh seperti sudah melupakan dirinya.
Lebih tepat lagi, Nuh sudah melupakan memori antara mereka berdua.
...
P/s: maafkan diri ku sebab bab ni memang pendek. Nanti aku update next chapter oki!
Jangan lupa VOTE and COMMENT!! Thank you 💗 (aku baca sekali imbas je bab ni - 1/3/22)
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Kısa Hikaye"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...