Cold Storage @ Mid Valley
Di sebabkan hari ini merupakan hari minggu jadinya memang tak ramai orang pun yang keluar masuk ke Mid Valley.
Baguslah sebabnya Nuh pun mesti akan lebih selesa.
Sarah sudah menolak trolley dan Nuh turut berada di sisinya sambil memegang kejap tali sling bag-nya.
...
"Nuh okay?"
"Kakak takkan tinggalkan Nuh macam witch tu tinggalkan Nuh kan?"
Nampaklah yang Nuh trauma sedikit dengan kejadian yang menimpanya tempoh hari dan Sarah sudah terkekek ketawa bila mendengar gelaran yang Nuh gunakan kepada Mia Arissa.
Mia Arissa, The Witch!
...
"Of course, I will never leave you here!"
"Promise?"
"Promise!"
Nuh sudah melepaskan tali beg Sarah dan mereka berdua sudah berjalan sedikit laju bagi menyangi langkah Kak Mas.
...
'Kak Mas ni nak buat marathon dalam Cold Storage ke? Laju betul jalan...'
Sarah sudah membebel sendirian di dalam hati.
...
Trolley yang mulanya kosong, lama-kelamaan sudah penuh dengan pelbagai jenis barang. Macam-macam jenis baranglah senang cakap. Sarah yang sedikit terkial-kial hendak menolak trolley itu Nuh dekati.
...
"Biar Nuh tolak untuk kakak."
Sarah tertoleh ke arah Nuh.
...
'He's being a gentleman to you, Sarah!'
Tak memasal pipi Sarah sedikit berbahang.
Perempuan ni memanglah!
Hahaha.
...
"Thank you, Nuh."
"Most welcome Kakak Sarah sayang."
Lah!
Apa-apaan ini Miska!
...
Selesai membayar kesemua barang, Sarah mengajak Kak Mas dan Nuh makan dulu sebelum balik ke rumah.
...
"Kita makan dulu nak?"
"Boleh je, Sarah."
"Okay, kakak."
Mereka berdua sudah bersetuju dengan cadangan Sarah dan mereka bertiga juga sudah mula menapak masuk ke dalam The Chicken Rice Shop.
...
"Sarah, berapa harga makanan akak dengan Nuh? Biar akak bayar dekat Sarah."
Kak Mas tak nak dianggap mengambil kesempatan terhadap Sarah.
...
"Apalah akak ni. Tak payah bayar pun, Sarah belanja akak dengan Nuh."
"Terima kasih banyak Sarah, segan akak macam ni..."
"Eh takyah nak mengada eh Kak Mas nak segan-segan dengan Sarah. Kata bff!"
...
Sebelum pulang sempat juga mereka bertiga berjalan-jalan di dalam Mid Valley. Gigih ye bila Sarah sanggup memasukkan belanja barang rumah tadi ke dalam kereta dan masuk semula ke dalam pusat membeli-belah itu semula.
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
القصة القصيرة"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...