Beberapa minggu yang lalu, saat pintu hati Mia Arissa diketuk hidayah.
Masa seakan-akan terhenti dan memberikan sepenuh ruang serta masa untuk Mia Arissa berubah. Mia Arissa sudah tekad untuk meninggalkan dunia gelapnya dan kini dia bersedia untuk melangkah ke dunia yang baharu.
...
Ada beberapa kelas agama yang Mia Arissa telah daftar. Lebih baik begitu daripada dirinya belajar agama tanpa guru. Itu sangat bahaya kerana menuntut ilmu tanpa guru takut belajar dengan syaitan sahaja. Bila gurunya ialah syaitan sudah pasti hanya akan menuju ke jalan yang sesat.
...
Baju-baju yang terkurang kain itu banyak telah dijual dan ada juga diberikan kepada beberapa orang kawannya yang bukan penganut agama Islam. Tidak mahulah Mia Arissa berkongsi dosa jika si pemakai baju seksi-seksa itu beragama Islam.
Dia tahu sikit-sikit perihal yang satu itu.
Kalau dalam subjek sains kita didedahkan dengan 'rangkain makanan' tetapi di dalam Islam ini pula kita perlu cakna dengan 'rangkain dosa dan pahala'.
Dosa jariah.
...
Banyak perkara yang Mia Arissa pelajari sejak dia mula mengenal semula agama yang telah lama dia tinggalkan. Sebenarnya banyak perkara yang Mia Arissa telah tinggalkan dan semua itu hanya membuatkan dirinya kesal.
Bila bersendirian, Mia Arissa terigatkan satu topik perbincangan antara ustazah dan pelajar sewaktu kelas pada hari Jumaat minggu lepas. Topik yang dibincangkan itu membuatkan Mia Arissa tersedar daripada lena yang panjang.
Sayang dan Reda.
...
"Ustazah Irham, kenapa ada orang cakap yang setiap ujian itu tanda Allah sayang? Bukan ke kalau diberikan ujian dan dugaan itu tanda Allah nak tunjuk yang Dia tidak reda dengan kelakuan kita?"
Ustazah yang bertubuh kecil itu memang sentiasa tersenyum. Orang cakap murah dengan senyuman. Senyuman itu satu sedekah. Jadi, banyakkanlah bersedekah dengan memberikan senyuman kepada orang sekeliling.
...
"Soalan awak tu menarik Safa. Secara logiknya kita akan lihat situasi macam tu dengan berpendapat bahawa dugaan dan ujian yang Allah turunkan kepada seseorang itu tanda Dia tidak redha dengan kita. Sebab situasi macam ni memang sinonim dengan kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, masa kita sekolah dulu. Kalau kita tak patuh dengan undang-undang sekolah, kita akan dikenakan tindakkan oleh pihak sekolah. Tindakkan disiplin tu kita akan tengok sebagai tanda cikgu tak suka dan dia nak kita sedar apa kita buat tu salah. Betul?"
Safa dan yang lain-lain termasuk Mia Arissa mengangguk tanda bersetuju.
"Tapi kita tak nampak perkara disebalik tindakan disiplin itu sebagai tanda cikgu sayang dekat kita."
Belum sempat Ustazah Irham menambung penjelasan ada orang yang mencelah. Mencelah dengan adab.
...
"Maaf ustazah kerana mencelah. Tapi bukan ke sayang tu patut ditunjukkan dengan perkara yang indah-indah? Dan bukannya dengan cara berkeras dan menghukum?"
Dan seperti kebiasaanya, Ustazah Irham tidak pernah marah jika ada pelajarnya yang mencelah di saat dia sedang menerangkan sesuatu. Dia sangat menghormati pelajarnya.
...
"Okay, soalan Ilya tu saya akan jawab nanti. Apa yang awak tanya tu masuk akal. Good question!"
"Heheee, sorry ya ustazah. Saya macam curious sikit..."
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...