Kalau dulu Mia Arissa lah sumber kebahagiaan Nuh. Tanpa wanita itu, pasti hari-hari yang bakal dilaluinya akan berasa tidak lengkap.
Tetapi bukan sekarang.
Kini semuanya sudah berubah dan keberadaan Mia Arissa saat itu hanya membuatkan Nuh menjadi tidak senang.
...
"Yes?"
Nada tidak senang kedengaran.
...
Nuh membuang pandang ke kawasan sekitar. Walaupun dirinya sudah hafal setiap jenis batu yang berada di kawasan parkir di galerinya, tetapi saat itu tiba-tiba minatnya untuk 'mengkaji' dengan lebih dalam terhadap batu jalan menjadi lebih tinggi!
...
"I nak bincang dengan you sekejap boleh?"
Mia Arissa memulakan kata.
...
"Tak ada masa lah. Busy. Nantilah."
Dingin.
...
Nuh ingin cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Sudahlah panas matahari saat itu sangat menyengat!
Ini pula bila terpaksa menghadap Mia Arissa.
Lagilah extra menyengat rasa panas yang dirasai oleh Nuh!
...
"Please Nuh. I datang jauh-jauh just to meet you here."
Merayu dan terus merayu.
Mia Arissa ni, bukannya bodoh sangat sampai tidak faham yang Nuh itu memang sudah tidak sukakan dirinya.
Tetapi kenapa wanita itu harus butakan hati dan matanya? Dan kenapa harus meletakkan maruah dirinya di paras yang paling rendah kedudukannya?
...
"Sorry Mia. Tapi I betul-betul busy sekarang ni..."
Nuh sedikit lembut.
...
"Nuh..."
Mia Arissa kesal dengan layanan dingin lelaki itu. Dia mahukan lelaki itu untuk sayangkan dirinya sepenuh hati.
...
Timbul rasa menyesal dalam dirinya saat itu.
Kalau lah dia bisa putarkan semula masa, pasti dia akan sayang dan hargai kehadiran lelaki itu sepenuh hatinya.
...
"Tak apalah Nuh. Sorry sebab selalu desak you untuk bercakap dengan I. I pergi dulu..."
Mia Arissa sendiri akhirnya mengalah dan berlalu pergi.
...
Selepas melihat kelibat Mia Arissa hilang dari pandangan, Nuh pula yang mengeluh.
Bukan dia tidak kesian melihat wanita itu duk merayu kepada dirinya, tetapi setiap kali ingat kembali setiap perkara yang terjadi, pasti hanya akan membuatkan hatinya marah dan kecewa.
...
"Okay! Focus. Kau kena siapkan few drawings. Put your personal problems aside and please fikirkan diri kau extra sikit untuk kali ni!"
Memberikan kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.
...
Pedal minyak sudah ditekan dan kini dia hanya memandu mengikut kata hati sahaja.
Tiada arah tuju yang tetap.
...
Asalkan tepat itu menenangkan sudah cukup buat Nuh saat itu.
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...