4

124 15 6
                                    

Lama juga hendak tunggu jawapan keluar daripada mulut Hanim saat ini.

...

'Takkanlah aku kena scam kot? Aunty Hanim ni nak jual aku ke?'

...

Kau ingat kau laku sangat ke sampaikan kau kena jadi mangsa perdagangan manusia?

Terimalah perangai suka berfikir yang bukan-bukan seorang Sarah Ilyas!

...

Lahh drama betul kalau Sarah menjadi mangsa pemerdagangan manusia...

...

Sarah ingatkan dia akan mendapat jawapan yang dia inginkan saat itu tapi melihat Hanim seperti mengelak membuatkan Sarah semakin jauh berfikirnya!

'Eii aku ni dahlah sejenis overthinking level dewa 19, takkan nak biar aku checkin sehari dua dalam Hospital Bahagia baru Aunty Hanim nak bagitahu???'

Kalau ikutkan hatinya memang dia sudah buat drama tantrum perempuan berumur 23 tahun dekat tengah-tengah ruang makan rumah majikannya!

...

"BONDA!"

Jelas kedengaran jeritan dari tingkat atas.

'Dah ni siapa pula ni menjerit?'

...

Hanim sudah bingkas bangun dari duduknya dan berlari naik ke atas.

Sempat dia meminta Sarah untuk tidak pergi ke mana-mana.

...

'Maksudnya aku kena diam-diam je sampai Aunty Hanim turun bawah balik...'

'Dan ini bermaksud aku boleh sambung hirup air teh tarik buatan Kak Mas yang memang berlemak ni?'

Sarah tak mahu ambil pusing sangat dengan keadaan sekeliling sebab itu bukan dalam bidang kuasanya.

Kalau tuan rumah sudah memberikan arahan untuk dia duduk diam-diam di ruang makan itu bermaksud yang tuan rumah tidak mahu dirinya masuk campur urusan keluarga.

Sarah pun bukannya mempunyai IQ level below average standard!

...

Bila hampir 15 minit Sarah bersendirian di ruang makan, jadinya Sarah bertindak untuk mengemaskan meja makan.

Segala jenis cawan dan piring yang sudah tidak digunakan lagi dibawa ke dapur untuk dicuci.

Kelihatan Kak Mas sedang terbongkok-bongkok memasukkan pakaian kotor ke dalam perut mesin basuh baju.

Korang boleh imagine kan pesen apa mesin basuh rumah Hanim?

...

"Assalamualaikum, Kak Mas!"

Walaupun sudah diberi salam, tetap sahaja Kak Mas sedikit terkejut.

"Ya Allah, anak aku beranak tiga!"

Kak Mas termelatah dan Sarah sudah terkekeh-kekeh ketawa.

Dengan tangan penuh buih sabun cuci pinggan!

...

"Terkejut akak, Sarah!"

"Sorry Kak Mas, tapi Sarah dah bagi salam tau!"

Haruslah Sarah mempertahankan dirinya agar tidak dituduh dengan ayat cliche orang terkejut ; tak reti nak bagi salam ke hah?

"Buat apa pula Sarah cuci cawan dengan piring tu. Letak je tepi nanti akak cuci, tadikan Puan dah cakap tugas Sarah hanya jaga Nuh..."

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now