Sudah hampir dua minggu Nuh memendam rasa untuk bertanyakan perihal Sarah kepada Hanim.
Setiap kali mulut ingin menyuarakan hasrat hati, pasti akan terhenti separuh jalan. Bukan susah pun soalan yang bakal diajukan tetapi dia sendiri pening dengan diri sendiri.
...
Lebih kompleks berbanding perempuan ye kau ni Nuh?
...
Bak kata Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok - "cakap, cakap..."
...
"Ishh kalau diam je memang sampai Kak Mas dapat adik kecik pun aku takkan dapat jawapan!"
Nuh membebel sendirian di kawasan dapur kering.
...
"Uitt, apa sebut-sebut nama Kak Mas ni hehhh..."
Kak Mas yang kebetulan lalu di kawasan itu terdengar namanya disebut. Tapi butir bicaranya samar-samar kedengaran.
...
"Ya Allah! Terkejut Nuh akak!"
Tersembur sedikit air sejuk yang baru masuk ke dalam rongga mulut Nuh.
...
"Memanglah terkejut dah kalau mengelamun lepastu bercakap sendiri. Kak Mas yang selim-melim duk terconggok dekat sini pun dia tak perasan!"
Fuhh, bukan main lagi Kak Mas mempertahankan dirinya daripada menjadi punca utama Nuh tersedak!
Hahaha...
...
"Nak cakap angau teringatkan matair, macam lamberttt lagi..."
Sambung Kak Mas yang kini sudah sama-sama duduk di meja makan kecil itu.
...
Tercantum kening Nuh dibuatnya bila mendengar kenyataan pedih daripada Kak Mas!
...
"Kenapa pula lambert?"
Sengaja Nuh menyoal.
...
"Iyelah. Nuh kan pemegang anugerah single-solo?"
Jujur dari hati!
...
"Auch! Pedihnya hati dengar statement berani kerat kuku Kak Mas ni!"
Nuh buat-buat sakit dada.
#DramaKing
...
"Okay. Ni serius. Kenapa Nuh sebenarnya ni?"
Kak Mas dah malas nak kona-kona jauh sangat. Terus sahaja dia menyoal Nuh dengan soalan utama.
...
Bukan dia tak perasan perubahan watak dan kelakuan Nuh sejak dua-menjak ni.
Tapi dia diamkan sahaja. Malas hendak kepohchi. Tapi malam ini terkecuali!
...
"Nuh pun malas nak menjeruk soalan yang berlegar dalam otak lama-lama. Since you are asking me, sekarang ni biar Nuh tanya akak terus. Just to make things clear."
Duduk sudah dikemaskan.
...
Kak Mas pula yang kecut bila melihat raut wajah Nuh sudah berubah sedikit serius.
...
"Siapa Sarah?"
Dua patah perkataan yang berjaya membuatkan air masak sejuk terkeluar daripada hidung Kak Mas!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...