Lapangan terbang Brunei
Macam biasalah mesti akan ada babak air mata bila terpaksa berpisah dengan keluarga.
Sarah dan Saif sudah merah matanya bila terpaksa berjauhan semula dengan Ilyas dan Indah.
...
"You don't have to cry, my dearest Sarah. "
Ilyas sudah memegang kedua-dua belah pipi anak daranya yang sudah basah dengan air mata itu.
"Ayah dengan ibu tak boleh ke pindah mengajar dekat Malaysia saja?"
Soalan yang sama akan ditanyakan oleh Sarah setiap kali mereka berempat terpaksa berpisah.
...
"Itu kena tunggu ayah kamu tubuhkan unisersiti sendiri, baru boleh pindah Malaysia. Kalau dah dua-dua balik Malaysia, nanti tak bolehlah kita nak jalan-jalan dekat Brunei, Sarah oiii. Hahaha..."
Umar selamba sahaja menamatkan drama air mata Sarah dan Saif!
...
"Tok!"
Saif dan Sarah berkata serentak. Nampak sangat tengah tidak puas hati dengan Umar.
...
"Next month kan ibu dan ayah will fly to Malaysia. You guys buatlah countdown..."
Indah yang masih erat memeluk bahu anak lelakinya itu cuba mengusir rasa sedih yang bertapak di hatinya.
Siapa je kan yang tak sedih kalau terpaksa berjauhan macam ini.
...
"Tulah pasal, bulan depan jumpa lagi. Dahlah tu jangan sedih-sedih nanti peluk je maktok dengan tok kalau rindu dengan ayah dan ibu tu. Okay?"
Zaihah pun sama-sama join pakatan mengusik si pasangan kembar itu.
...
Sebelum mereka masuk ke balai berlepas, sempat lagi Ilyas dan Indah menitip pesanan buat anak-anak mereka untuk sentiasa mendengar nasihat Umar dan Zaihah. Jangan kerap sangat bergaduh antara satu sama lain dan jangan selalu ukur lantai shopping mall. Dalam erti kata lain, rajin-rajinkan diri mengikut Umar dan Zaihah ke masjid untuk mendengar perkongsian agama. Jangan asyik asyik menjengkit sahaja kerja.
Mereka masak betul dengan perangai anak kembar mereka yang suka sangat berjalan itu! Memang tersengih sahajalah Saif dan Sarah bila mendengar nasihat a.k.a bebelan cara halus orang tua mereka.
...
"See you next month, ayah ibu."
Ucap Saif.
Saif dan Sarah memeluk Ilyas dan Indah buat kali terakhir.
...
"We both love you so much! Take care!"
Ucap Sarah pula sebelum mereka berpisah haluan.
...
Pukul 8.00 malam baru mereka berempat sampai ke rumah.
Sarah ingatkan dia boleh bekerja pada keesokkan harinya tapi badan yang penat itu seperti tidak mengizinkan.
...
"Sarah kerja ke esok?"
Umar tanya kepada Sarah semasa mereka berempat duduk berkumpul di ruang tamu. Makan malam mereka malam itu hanya di pesan melalui aplikasi Food Panda sahaja dan Nando's menjadi pilihan mereka.
...
"Tak kot tok. Sebab Sarah rasa tak larat nak kerja esok. Tapi kejap nanti baru Sarah telefon boss Sarah. Kalau dia ada important thing to do and nak Sarah kerja juga, Sarah kena datang jelah. Sabtu nanti boleh sambung rehat."
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...