@ Gyor Per Airport
Mia Arissa yang sedang menunggu untuk masuk ke balai berlepas leka membelek beberapa helai dokumen penting yang harus dibawa bersama.
Banyak mata sedang memerhatikan diri wanita itu.
Mana tak lepas daripada memandang wanita yang berpakaian seksi itu.
Sekali tengok, orang mungkin tak sangka dia berketurunan melayu dan beragama islam.
Pakaian yang boleh dikatakan mencolok mata itu memang meresahkan para lelaki yang bermata keranjang dan berperangai hidung belang.
Sepatutnya istilah hidung belang bagi lelaki itu ditukar kepada lelaki badan belang sebab gatalnya bukan main bila melihat perempuan.
...
Mia Arissa sedar yang dirinya menjadi perhatian ramai orang tapi dia tidak peduli bahkan dia sukakan perhatian yang diberi!
...
Selepas mendengar nama penerbangannya disebut oleh petugas di lapangan terbang Hungary itu lekas-lekas dia memasukkan dokumen penting di dalam tas tangan berjenama mewah miliknya.
Skirt yang sedia pendek itu dia cuba untuk 'labuhkan'.
Sis, seriously?
...
Selesai menunjukkan dokumen kepada petugas, Mia Arissa dibenarkan untuk masuk ke balai berlepas dan kaki panjangnya terus menuju ke pintu yang menempatkan penerbangannya.
'Teruja' untuk pulang ke tanah air setelah sekian lama duduk di negara asing.
...
"Hello pretty!"
Suara garau dengan slanga Central Europe itu menegur Mia Arissa penuh menggoda.
Mia Arissa layankan sahaja lelaki yang kelihatan sedikit berumur tapi mempunyai perwatakkan menarik itu.
Old but gold!
Gituu sekali daya tarikkan lelaki yang mempunyai tinggi 6 kaki itu.
...
Perjalanan yang mengambil masa lebih 15 jam itu tidak bosan kerana ada teman berbual.
...
Mia Arissa yang duduk di business class itu memang sakan berborak itu dan ini cuma bila sudah habis idea hendak berborak, dia memutuskan untuk melelapkan mata.
Lelaki di sebelahnya itu turut membuat perkara yang sama dengannya.
...
Pertemuan dengan Noel Laszlo hanya bertahan sepanjang penerbangan panjang itu sahaja. Sesampai sahaja di KLIA, mereka sudah kembali menjadi orang asing.
Tapi mereka berdua sempat lagi berbalas pelukan dan ciuman turut dihadiahkan buat Mia Arissa di pipi kiri.
Mia Arissa tidak menolak.
...
"I'm back..."
Mia Arissa sudah tersenyum penuh makna.
Dia ada misi dan visinya yang tersendiri.
Rambut ikalnya sudah dibetulkan agar sentiasa kelihatan kemas dan menawan.
...
Kalau di Hungary sendiri banyak mata yang memerhatikan pakaian dan dirinya apatah lagi kalau dirinya sudah memijak tanah airnya sendiri.
Tanah air yang penuh dengan manusia yang suka mengambil pusing hal orang sekeliling.
Sejak tadi, telinganya dapat mendengar suara-suara bisikan orang sekeliling yang sakan mengkritik dan ada juga yang memuji kecantikkan dirinya.
...
Sesampai sahaja di Angkasa Residence, Mia Arissa terus menuju ke arah lif dan menekan punat tingkat 28.
"Kalau bukan sebab aku dah sangkak tak ada maknalah aku nak jejak balik Malaysia ni!"
"SUCKS!"
Dan bermacam-macam lagi ayat-ayat terlebih zat yang terkeluar daripada mulut Mia Arissa.
Ni kalau dengar dek Rahmah, mak Amir Izdihar, mahu tertanggal bibir munggil Mia Arissa saat itu juga!
...
Dengan rasa yang membara, Mia Arissa lekas menarik luggage besarnya menuju unit condominumnya.
Pembetulan!
Bukan miliknya tapi milik Nuh.
Tuan-tuan dan puan-puan, ini ialah contoh bernyawa seorang manusia tidak tahu malu ; buat harta orang macam harta sendiri!
...
15 minit berlalu
"Memang siallah dia orang ni!"
Mia Arissa masih lagi sakan memaki hamun seperti tak ingat hari esok!
Sakit hatinya bila pihak pengurusan tidak mengendahkan dirinya.
...
Geram sahaja bila teringat perisitwa sebentar tadi.
Accessnya sudah ditolak.
Kad access dan kata laluan condominum mewah itu sudah ditukar.
Jadinya sekarang dia sedang terkontang-kanting dengan beg besarnya menunggu Grab untuk menjemput dirinya.
...
Ingatkan penatnya akan hilang bila dapat berendam dalam tub yang dipenuhi air suam itu terkubur lebur bila dia terpaksa memikirkan di mana harus dia tidur malam ini.
"Check in jelah mana-mana hotel dekat area Bukit Bintang tu!"
Merengus sahaja bunyinya saat itu.
...
P/s: Korang sabar sat! So far bila baca pasal Mia Arissa ni, korang boleh bayangkan tak watak perempuan seksi yang seksa campur sikap annoying dia?
Just let me know if you guys want me to add some spices! I will improve on Mia Arissa's character on the next chapters (for sure, inshaallah) and MAYBE i will update again this chapter (?) it depends sksksk
After all, aku nak minta korang untuk VOTE and COMMENT macam biasa!
Thank you <3
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...