Rumah Maktok & Tok
"Mak tok boleh tolong Sarah tak?"
Sarah sudah menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Zaihah.
"Apa pula kali ni?"
Daripada gaya respon Zaihah, nampak sangat Sarah ni banyak hal!
...
"Kali ni permintaan Sarah tak merepek punya! Kali ni permintaan manusia siuman."
Banyak dia punya manusia siuman!
"Hmm, apanya?"
Pembacaan Zaihah sedikit terganggu bila cucu kesayangannya membuat grand opening di dalam biliknya.
Kitab bertajuk Fiqh Wanita itu ditutup dan fokusnya kini tertumpu sepenuhnya kepada Sarah.
...
"Maktok tolong doakan Sarah dapat kerja part time. Sarah nak cari duit sikit ni..."
"Kali ni serius maktok! Maktok jangan umpan Sarah dengan monthly allowance eh!"
"Sarah tak akan terpedaya!"
Yakin!
Bersemangat!
Sarah masak benar dengan tactics Zaihah dan Umar!
...
"Sarah tak payahlah kerja. Sarah, jadi je drebar maktok, nanti setiap bulan dapat upah!"
Inilah ayat keramat yang selalu disogok oleh Zaihah dan Umar setiap kali Sarah hendak mencari kerja.
...
"Sarah nak maktok doakan dapat kerjalah ni ye?"
"Haa betul! Sarah nak cari pengalaman. Nanti, bolehlah maktok, tok dengan Saif merasa gaji Sarah pula."
"Selalukan Saif je belanja bila dapat gaji. Kali ni, biar Sarah pun menabur budi, gituuu..."
Zaihah sudah tersenyum.
"Iyelah. Maktok doakan cucu bertuah sorang ni dapat kerja."
Sarah turut tersenyum.
...
"Baru semangat Sarah nak cari kerja! Okaylah, Sarah naik bilik dulu. Byeee grandmother!"
"Bye!"
...
Esok harinya, Sarah sudah membuat penjelahan tidak berbayarnya di Mid Valley. Hampir setiap kedai, dia masuk.
Tapi semuanya tidak mahu mengambil pekerja sambilan.
Kebanyakkannya mahu mencari pekerja tetap sahaja.
...
"Eii habis nasib pekerja sambilan siapa nak bela kalau macam ni gayanya!"
"Kena buat aduan dekat persatuan kelab pekerja sambilan kalau macam ni gayanya!"
Sarah membebel sendirian sebelum dia singgah ke Mcd untuk makan.
Haruslah untuk makan, takkan untuk cari jodoh pula, kan?
...
Di McDonald
Sambil-sambil makan tu, jari runcingnya tidak berhenti scroll screen rata telefonnya.
"Pelik-peliklah iklan kerja dekat facebook ni!"
"Nampak benoolah menipunya! Gaji sampai Rm3000 untuk kerja reply mesej dengan angkat call je? Eii seramlah pula!"
"Dah macam sindiket sex-call pula dah job scope!"
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...