"Sarah, kau hari tu pernah cakapkan yang kau teringinnnnnnnnn betul nak pergi art exhibit kan?"
Ainur memang tidak boleh bawak pergi makan di restoran berkelas 5 bintanglah!
Adab dimeja makan, minah sorang ni memang ke laut mati.
Fail!
...
"Kau nak aku berbuih mulut baru nak telan dulu baru bercakap ke macam mana ni Ainur? Ya Allah perempuan ni! Kau telan dulu baru kau cakap!"
Sarah sudah kebas mulutnya untuk mengingatkan Ainur untuk sedikit menjaga adab di meja makan! Tapi apakan daya, Ainur memang boh layan sahaja!
...
"Sorry!"
Kali ini Ainur mendengar kata dan mengunyah lebihan makanan yang digigit sebentar tadi. Selesai mengunyah dan menelan cebisan terakhir pavlova, baru Ainur mengulang semula pertanyaannya.
...
"Art exhibit. Kau teringinkan nak pergi?"
Lebih ringkas dan padat.
...
"Haah. Teringin juga nak pergi tapi tak tahu mana nak cari art exhibit yang tengah berlangsung."
Sarah memang tidak pernah mempunyai pengalaman pergi ke acara seperti itu dan jadinya dia mahu untuk pergi ke art exhibit yang sedang atau bakal berlangsung!
...
"Aku ada dapat tiket dari kakak ipar aku. Hujung bulan ni pukul 8 malam. Kalau kau nak, aku boleh bagi."
Ikutkan hati Ainur, dia memang malas hendak pergi ke art exhibit sebabnya dia sudah jelak dan bosan.
Sepatah haram pun dia tidak pernah faham dengan lukisan yang matanya tidak dapat klasifikasikan sebagai 'jiwa' itu.
...
"Aku peliklah Sarah. Kak Tya boleh bergenang air mata bila tengok satu lukisan ni. Masalahnya lukisan tu setakat coteng arang je!"
Ainur memang 'mind blown' setiap kali menemani Kak Tya pergi ke acara seperti itu. Bukan sekali dua, tapi sudah berkali-kali.
Kak Tya juga merupakan pencinta seni. Jadinya she's an aesthete.
...
"Bolehlah. Aku free je hujung bulan ni. Thank you Ainur dan Kak Tya! Nanti cakapkan thank you dekat Kak Tya sebab bagi aku free ticket!"
Sarah sudah teruja sangat untuk menghadiri art exhibit pada hujung bulan nanti.
...
@ N's
Hari itu keadaan di galeri agak sedikit lengang. Jadinya para pekerja di N's dapat mengambil nafas dengan tenang dan teratur.
Baru sahaja 1 buah bas yang ditumpangi oleh 35 para pelancong asing membuat lawatan di galeri seni milik Nuh. Jadinya bila tempoh lawatan sudah tamat, masing-masing lega!
...
"Leganya hanya Allah je tahu! Bolehlah duduk sekejap sambil-sambil tengah tak ramai orang ni..."
Nuh berkata dengan nada sedikit lesu.
Kerusi empuk yang berada di satu sudut pejabatnya itu diduduki dengan selesa.
...
"All praises to God!"
Nicholas turut sama-sama mengucapkan syukur kerana tugasnya sudah selesai untuk hari ini.
...
"Lega-lega juga tapi kena fikir dah untuk upcoming events yang berderet tu..."
Nuh kembali duduk dalam posisi tegak.
...
"Bro, can you not..."
Potonglah bak kata orang melayu!
Hahaha...
...
"I can't help it Nick! Sorry to disturb your 'me-time' but yeah! We need to wrack this up! All out for the next events!"
Nuh sudah tersengih apabila melihat wajah cemberut milik Nicholas.
...
Bulan hadapan galeri lelaki itu akan turun padang untuk sama-sama memeriahkan lagi Art Event yang berlangsung di sekitar kawasan Pasar Seni.
Walaupun N's sendiri sudah mempunyai nama yang tersendiri tetapi pemilik galeri itu masih lagi tidak meninggi diri.
...
Imbas kembali
"Saya harap sangat Encik Nuh sudi untuk join event kami. Kami tahu kami bukan satu figura besar macam kenalan Encik Nuh..."
Ucap salah seorang lelaki yang menghadiri mensyuarat bersama event manager.
...
"Saya pun mula daripada bawah. Terima kasih sebab sudi jemput saya untuk event kali ni, Inshaallah N's akan sama-sama turun padang untuk jayakan projek kalian."
Nuh memang rasa dihargai bila dirinya dijemput khas oleh pihak yang terlibat.
Karya seni anak muda negara kita haruslah dihargai. Jangan kita biarkan permata itu hilang kilauannya.
Tamat imbas kembali
...
Nicholas selaku orang kuat galeri pun sangatlah teruja untuk memenuhi setiap undangan daripada pelbagai pihak.
Rezeki galeri itu sangat melimpah ruah.
...
Hanpir 15 minit mereka berehat dan selepas itu masing-masing bingkas bangun untuk melakukan tugasan masing-masing.
...
"Nick, aku keluar kejap. Nak siapkan few drawings lagi. Anything just hit me up. Kalau unreachable, it means aku dekat ceruk bandarlah tu."
Segala peralatan melukis sudah selamat diletakkan di dalam kereta.
Kaki sebelah kiri baru masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada seseorang yang membuatkan Nuh berhenti seketika.
Fokusnya kini beralih kepada 'seseorang' yang berjaya membuatkan dirinya terganggu.
...
P/s: Nah bab baru yang sememangnya aku tak proofread 🤚🏽 WEH KORANG! Aku rasa kan cerita ke-4 ni mcm panjang lah pulak! Korang okay ke? Kalau short cut kang, macam TIBERNYA. Jadi bagi nak elakkan ketiberan terjadi, aku terpaksa panjangkan 'sikit' cerita Untuk Sarah, kali ni!
Aku harap korang sudilah menanti dan membaca dan menyokong karya cepisan aku ni. Tanpa kalian, siapalah saya. Jadinya kenalah tolong VOTE dan COMMENT mcm selalu!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...