32

106 15 16
                                    

Kolej Tun Teja

Seperti yang dijanjikan, pada hari pertama semester baru bermula memang Sarahlah pelajar paling teruja!

Orang lain tu kalau boleh rasa macam nak minta isi borang permohonan untuk dilanjutkan lagi cuti semester. Dari 3 bulan cuti menjadi 5 bulan!

...

Pagi-pagi lagi Sarah sudah menghantar gambar pergelangan tangannya kepada Kak Mas dan sudah pasti Kak Mas akan membalas mesej yang dihantar dengan kadar paling segera.

"Akak harap sangat Sarah suka dengan gelang tu..."

"Mestilah Sarah suka wahai Kak Mas uii..."

...

Bila sudah terlebih satu level perasaan teruja tu memang Sarah akan jadi antara orang paling awal untuk pergi ke dewan kuliyyah! Dan yang menjadi mangsa kena heret sudah pasti kawan baiknya, Ainnur.

Semester kali ini mereka berdua dapat menjadi roommates dan sudah pasti semakin rancaklah suasana bilik mereka!

...

"Kau ni Sarah, cubalah bagi peluang aku nak rasa hidup sebagai pelajar tahun akhir! Aku nak juga masuk dewan kuliyyah lambat!"

Ainnur tidak berhenti-henti membebel. Waimah semasa mereka berdua singgah membeli secawan kopi dan sandwich pun mulut Ainnur tidak berhenti membebel.

Sarah macam biasalah, buat tidak heran sahaja. Dia sudah masak benar dengan mulut bertih jagung kawannya seorang itu. Ada sahaja benda hendak dibahasnya!

...

"Banyaklah kau punya senior! Patut paling senior, paling tunjuk contoh yang baik. Datang awal untuk setiap kelas, ni terbalik kong. Mazhab mana yang kau ikut ni, Ainnur?"

Tapi ada betulnya apa yang Sarah cakap tu. Masa memang perlu dan wajib dijaga. Janganlah kita ambil sambil lewa bab-bab berkaitan dengan masa!

Untuk 7 semester Sarah bergelar pelajar sarjana muda, memang dia tidak pernah lewat datang ke kelas dan akan sentiasa menjadi pelajar terawal masuk kelas.

...

"Haaa yelahhhhhhhhhhh..."

Ainnur akhirnya mengalah dengan hujah Sarah.

...

Seperti kebiasaan, kebanyakkan kelas pada minggu pertama semester banyak tidak bermula lagi. Jadinya, kehadiran pelajar itu macam hidup segan mati tak mahu.

Selepas habis kelas ketiga untuk hari pertama, Sarah mula mengajak Ainnur untuk makan tengah hari di luar kawasan universiti.

Dia sudah berjanji untuk makan bersama dengan Saif. Lumrah kehidupan ye bila kembar berdua ini tidak masuk ke universiti yang sama. Jadinya memang mereka kena keluarkan effort yang sedikit extra kalau hendak berjumpa.

"Kan senang kalau kau sama universiti dengan aku. Bolehlah jumpa selalu dan jimatlah tenaga kalau nak jumpa. Tak payah susah-susah aku nak jumpa kau dekat luar..."

Ayat yang selalu diutarkan oleh mereka berdua setiap kali berjumpa.

...

2 bulan selepas itu

Setiap kali selesai menjawab soalan peperiksaan pertengahan semester, Sarah, Ainur dan Saif akan keluar makan bersama-sama.

Kali ini mereka bertiga bersetuju untuk keluar makan di Restoran Murni. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama dan restoran itu memang terkenal dengan hidangan yang besar!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now