Segala persiapan untuk pameran seni kali ini sudah hampir siap sepenuhnya. Nuh memang inginkan yang terbaik untuk pameran kali ini sehinggakan ada masanya dia sampai tidur di studio.
Kalau bos sudah gila-gila all out, sudah pasti anak buah juga harus sama-sama berganding bahu untuk menjayakan pameran kali ini.
...
Setiap kali Nuh membuat pameran seni pasti sambutannya akan luar biasa dan Nuh juga berharap kali ini dia akan mendapatkan sambutan yang sama seperti pameran yang lain-lain.
Ramai pelukis dan penggiat seni yang akan berkolaborasi dalam pameran ini.
...
"I can't wait for the exhibition day!"
Nick dengan nada terujanya.
...
"I hope everything will go smoothly."
Nuh turut berharap agar semuanya akan baik-baik sahaja.
...
Jualan tiket juga sangat menggalakan dan ramai yang menyatakan bahawa masing-masing tidak sabar untuk menghadari hari pameran tersebut. Boleh dikatakan tema pameran seni kali ini jarang dilakukan.Undangan kepada beberapa figura yang penting untuk pameran kali ini juga sudah diedarkan seminggu sari tarikh paneran. Ada undangan yang dihantar sendiri oleh Nuh.
...
"Hmm, Nuh. If i may ask, are you inviting that girl?"
Nick bertanya soalan cepumas kepada Nuh yang sedang menghirup kopi panas di kerusi kerjanya.
...
"That girl? Sarah?"
Nick anggukkan kepalanya.
"Yes I did. Tapi tak tahulah datang ke tidak. Sebab aku dengar dia nak balik Brunei, for good..."
"Lahh, seriuslah? Habis tu kau tak nak confront dengan Sarah?"
"Nak confront apa?"
"Don't play dumb, Nuh..."
"I have no idea Nick. Kalau ada rezeki, nanti aku confront dia lepas habis projek kita ni..."
"Bro, jangan give up sebelum berjuang! Kalau memang dah angau, jangan lama-lama..."
"I did. Tapi dia macam rejected me. Pedih kot rasa tu!"
"Jangan give up! Kau try lah lagi. Maybe Sarah terbuka hati untuk kau. Tapi kalau dia reject juga, maksudnya kau kena bagi peluang."
"Bagi peluang?"
"Ya. Peluang. Peluang dekat aku untuk tackle Sarah pula!"
"Nick!"
"Hahaha, just kidding! So, kalau tak nak aku ambil peluang tu, you better confront her!"
"Hmm, okay!"
...
Nuh tersenyum sendirian bila memikirkan apa yang Nick ucapkan.
Ya, dia memang ada rancangannya sendiri.
Kali ini, dia berharap memang adalah peluang untuk dirinya dan Sarah.
Jika Sarah tetap menolak, Nuh akan terima semuanya dengan dada yang lapang.
...
Tiba pada hari pameran
Beberapa jam sebelum
"Where are you guys going?"
Sarah menyoal Zaihah dan Umar yang kelihatan sedang bersiap untuk keluar.
"Pergi keluar dengan kawan-kawan kamilah. Kami ada life..."
Amboi!
Umar sengaja mengenakan cucunya itu.
...
"Omgeee! Pandai ehhhh sekarang guna statement 'kami ada life!'. Pengaruh rakan sebaya ke ni?"
Kelakar bila Sarah mendengar ayat itu keluar dari mulut Umar! Hahahah
...
"Kamu tu tak keluar ke? Bukan ke kamu ada jemputan? Jemputan seni kan?"
Zaihah bertanyakan kepada Sarah yang terlihat masih dalam keadaan malas hendak keluar itu. Hanya mengenakan sehelai tshirt hijau bercorak abstrak dan sehelai seluar tiga suku.
"Hmm... entahlah. Tengoklah macam mana. Tapi rasanya tak pergi kot, sebab malaslah..."
"Malas tu yang payah. Cuba keluar dan hirup udara luar. Ini astik terperap je delat rumah. Kamu ada alergik dengan manusia ke?"
"Apa punya jenis alergik manusia ni tok..."
"Yelah, malas nak jumpa orang. Dah macam alergik lah tu! Orang dah jemput tu kenalah datang. At least, you get to know orang baru. Buat kawan. Bila jumpa orang baru ni, boleh buat kita berkembang."
Sarah hanya mendiamkan diri mendengar bebelan Umar. Ada betulnya apa yang Umar katakan. Dia tidak menafikannya.
"Tengoklah. Tapi Sarah tak janji akan bersosial dengan manusia hari ni..."
"Ikutlah. Tapi tok sarankan pergi jelah..."
"Kami berdua pergi dulu. Kalau keluar, jangan lupa kunci pintu."
"Byeeee!"
...
Sarah masih bermalasan di depan TV sambil mulut mengunyah buah anggur hijau.
...
Sekejap dia baring, sekejap dia meniarap, sekejap dia berdiri dan kemudian duduk semula.
...
"Lantaklah! Aku tetap tak nak pergi!"
Sarah kembali merebahkan dirinya dan sambung menonton rancangan yang bersiaran di kaca TV itu.
...
P/s: Nah part baru. Enjoy hehe!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...