@ Tok and Maktok's
Pagi-pagi lagi Sarah sudah bersiap untuk memulakan tugas sebagai penjaga anak Hanim.
Sebelum itu, Sarah sempat menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.
Sarapan paling ringkas sahaja Sarah boleh tunjuk bakat.
...
"Aku bermimpi di siang hari ke ni??"
Saif berkata tidak percaya!
...
"Kau tak payah nak over eh Saif, ni aku dah tunjuk bakat isteri mithali kot..."
Sarah membalas balik sarcasm Saif.
ISTERI MITHALI??
Hmm, kena tapis setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut Sarah Ilyas ni!
...
"Saif, memang 1st day memang nervous ke eh?"
Sarah ni tanya soalan macam tak pernah kerja!
"Kau en Sarah bukannya tak pernah kerja! Biasalah rasa tu..."
Saif tak reti nak bagi kata-kata semangat untuk adik kembarnya.
Tapi Saif tahu cara nak buat kembarnya naik hantu!
Kepakaran yang terulung.
...
"Kerja sebelum-sebelum ni mana sama dengan sekarang! Aku nak kena jaga manusia tahu!"
"Aikk, habis dulu kau kerja taska tu bukan jaga manusia? Habis kau jaga siapa? Anak buluh betong?"
"Ehh haahkan! Aku terlupa pula manusia kecik tu. Ini semua salah kau lah Saif..."
Saif sudah malas hendak layan si wayar putus sorang ni.
...
Saif dengan Sarah ni nampak je macam anjing dengan kucing, tapi baik je hubungan mereka berdua.
Cuma tulah, bila banyak sangat masa terluang jadinya mereka sudah bersependapat untuk isi dengan pergaduhan.
Geli-geli ketiak je kalau asyik berabang-adik 24/7!
Tak adalah rasa-rasa masin manis pahit getir hubungan adik-beradik!
Gitu sekali dia punya falsafah kehidupan.
Dah macam lirik lagu Ella ; Standing In The Eyes of The World.
Pahit getir hidup dan pengorbanan, terpaksa dihadapi demi kejayaan...
#Olympic2020
#GoMalaysia!
Tiber...
...
"Apa yang riuh sangat dua kembar ni? Tok nak dancing dengan maktok pun tak fokus!"
Ceihh, banyak Umar punya dancing.
...
Bila nampak sarapan sudah terhidang di atas meja makan, Umar tidak terus duduk di kerusi makan tapi dia menapak menuju ke sliding door.
Nak pastikan yang salji tidak turun di bumi Malaysia!
Haruslah pelik, bila tengok Sarah yang terlebih hormon rajin pagi itu.
...
"Tok tak payah nak over eh. Tahu sangatlah tu nak kenakan Sarah!"
Member dah masak sangat dah dengan kaki sakat Umar!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Kurzgeschichten"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...