Seminggu selepas kejadian Sarah berlagak macam kak long kawasan perumahan itu, kereta itu sudah tidak kelihatan. Semuanya sudah menjadi seperti kebiasaan.
Semuanya berjalan lancar dan tiada ada apa-apa yang mengugat emosi. Smooth sailing, orang putih cakap.
Ketenteraman di rumah Hanim hanya bertahan dari pukul 8 pagi sampai 12.30 tengah hari sahaja. Ini semua kerana tiba-tiba rumah Hanim menerima kunjungan seseorang yang sememangnya asing di mata Sarah.
Bila tanya Nuh siapa orang yang duk rakus sangat tengah tekan loceng di luar rumah, lelaki itu hanya mengerakkan bahunya atas bawah sebanyak dua kali.
"Nuh tak kenal pun kakak."
Dengan muka innocent-nya Nuh membalas.
...
Naik pekak orang dalam rumah itu bila orang yang tidak dikenali siapa itu masih lagi rakus menekan loceng sehingga Kak Mas terpaksa mengalah dan bergerak keluar rumah.
"Ye cari siapa?"
Kak Mas tidak nampak muka si penekan loceng rumah itu sebab tetamu yang tidak diundang itu membelakangi pintu pagar.
...
Bila orang itu memusingkan badan menghadap Kak Mas dan Kak Mas sedikit terkejut bila melihat muka orang yang dia kenal.
Mia Arissa.
...
"Nuh. I cari Nuh. Dia ada?"
Mia Arissa cuba memaniskan mukanya.
Kenal sangat dengan Kak Mas, pembantu rumah Hanim dan Nuh.
Boleh tahan menyampah juga Mia Arissa dengan Kak Mas.
Dia dengan siapa je tak menyampah!
Little did she know yang semua orang sepuluh kali lagi menyampah bila melihat perangai kek kukusnya itu - kekwat!
...
"Eh, bukak gate ni. Panas ni!"
Kak Mas pun ikutkan sahaja arahan Mia Arissa. Tanpa segan silu, terus sahaja Mia Arissa masuk menonong ke dalam rumah dan meninggalkan Kak Mas yang masih tercegat di tepi pintu pagar itu.
"Kurang adab punya budak."
Pedas juga ayat yang keluar daripada mulut Kak Mas.
Siapa je yang boleh tahan bila kena layan dengan layanan seperti itu?
...
"Nuh!"
Terjerit Mia Arissa bila melihat susuk tubuh lelaki yang dia rindukan. Lelaki yang berjaya dirinya tumbangkan.
Sarah terkejut bila tiba-tiba sahaja ada suara terkepit sedang menjerit nyaring.
Muka Sarah sudah seperti hendak membaling mudball kepada seseorang itu cuba dikawal riak.
Nuh juga turut menoleh ke arah suara yang memanggil namanya itu.
...
"Awak ni siapa?"
Sarah bersuara juga akhirnya bila dengan selambanya perempuan yang cantik berbaju kurung moden itu mendekati Nuh.
Mesra semacam setiap sentuhan yang dia lakukan ke atas Nuh.
Nuh dengan muka blurnya diam sahaja.
Geram pula Sarah dibuatnya.
Nampaknya tazkirah yang dia pernah kongsikan dengan Nuh pada awal perkenalan mereka berdua itu tidak lekat di otak Nuh. Hish!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...