16

95 13 5
                                    

Bila melihat Mia Arissa di depan mata, Hanim cuba untuk tidak melenting. Dia harus bersikap professional dan rasional. Jangan pernah bertindak terburu-buru kerana takut dia akan menyesal dengan tindakkannya sendiri.

Mata sudah dipejamkan untuk beberapa saat sebelum nafas yang dalam dihirup dan dihembuskan perlahan-lahan.

Tanda Hanim sedang menenangkan perasaannya sendiri.

...

Cukuplah darahnya menyirap semasa mendengar yang Mia Arissa datang bertandang ke rumahnya.

Haruslah tuan rumah menyirap kalau teramu tidak diundang tiba-tiba membuat lawatan tidak rasmi!

...

Selepas Sarah dan Kak Mas sudah tidak berada di ruang tamu itu, Hanim terus meminta Nuh untuk naik ke atas dan berehat di dalam bilik tidur. Lagi pun sekarang memang waktu Nuh untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti.

...

Mia Arissa cuba untuk mengambil hati Hanim dan Hanim juga tidak mahu dilabel teruk-teruk oleh 'tetamu' nya.

"Duduk."

Itu sahaja yang Hanim cakap.

Mereka berdua duduk tapi masih lagi diam. Tiada sebarang soalan atau jawapan yang kedengaran saat itu.

"Boleh aunty tahu kenapa kamu datang tiba-tiba hari ni?"

Hanim sudah memulakan bicara.

...

"Aunty, Mia minta maaf sangat."

Mia Arissa meminta maaf kepada Hanim atas segala kesalahan yang pernah dia lakukan sepajang mereka berdua kenal.

Selain kurang zat ternyata Mia Arissa ini ada genetik tidak faham soalan.

Hanim tanya apa tujuan dirinya datang ke rumah tapi yang dijawabnya dengan perkataan maaf.

Mia Arissa sedang main wayang ke sekarang ni?

Atau dia memang ikhlas nak minta maaf kepada Hanim?

...

"Apa yang kamu buat dulu tu bukan senang aunty nak lupakan. It affects Nuh so much, Mia Arissa."

Tegas.

Mia Arissa cuba kekalkan riak wanita terpaling insaf di depan Hanim.

Rasanya Hanim masih tidak tahu cerita disebalik itu.

Yang Hanim tahu Mia Arissa dan Nuh bergaduh dan Mia Arissa pergi meninggalkan Malaysia dan anak lelakinya. Dan sebab itu merupakan punca kenapa Nuh boleh berubah watak.

Nuh accident dan lelaki itu trauma kerana kehilangan orang yang dia sayang?

Nampak macam fishy sahaja.

Mesti ada sebab lain dan sebab sebenar itu hanya Nuh dan Mia Arissa sahaja yang tahu.

...

"Aunty, Mia betul-betul nak minta maaf. Mia sayangkan Nuh sepenuh hati Mia dan Mia tak tahu Nuh sakit."

Sekali lagi drama air mata bersiaran secara langsung!

...

Hanim sedang cuba mencari sebarang cahaya keihlasan di sebalik mata Mia Arissa.

Mana tahu memang Mia Arissa betul-betul ikhlas, kan?

...

Pernah juga Hanim terdetik yang kerana dirinya tidak boleh menerima baik Mia Arissa membuatkan keadaan Nuh semakin tidak stabil.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now