Seperti yang semua orang tahu bahawa Sarah dan Nuh memang rapat sebab hampir setiap aktiviti akan mereka lakukan bersama-sama. Nuh akan buat perangai kalau tiba-tiba Sarah malas hendak melayani dirinya bermain atau menonton rancangan kegemarannya.
Sakit juga otak bila kena digest banyak fakta dalam rancangan yang disiarkan di saluran History. Kalau ikutkan kata hati Sarah memang sudah lama dia cakap yang Nuh ini merupakan seorang yang skema dan membosankan.
Sarah sendiri tidak kisah kalau Nuh mengajaknya menonton Boss Baby atau Toy Story berulang kali untuk satu hari suntuk sebab dia memang minat tengok kartun tapi kalau tiba-tiba mode sejarawan negara sudah mendampingi Nuh, memang tahan ngantuk sahajalah Sarah Ilyas!
Haruslah mengantuk sebab terpaksa tahan mata menonton perkara yang bukan dalam forte Sarah.
...
"Nuh, hari ni kita tengok The Secret Life of Pets boleh?"
Sopan sahaja Sarah meminta persetujuan daripada Tuan Besar.
Sarah nak layan balik movie tahun 2016 itu semula sebab sudah lama dia tidak menonton ulangan kartun itu.
...
Nuh sudah mengemaskan duduknya di atas sofa empuk milik Hanim itu hanya diam sambil matanya fokus pada skrin rata televisyen berjenama Samsung itu.
"Sure kakak, tapi lepas kita tengok satu dokumentari about Building Toilet in India..."
Sarah sudah buat muka bosan bila mendengar perkataan DOKUMENTARI tapi bila dengar tajuk yang 'anak jagaannya' itu sedikit sebanyak berjaya mencuri minatnya.
"It sounds interesting!"
Sarah sendiri teruja untuk sama-sama melihat dokumentari berkaitan tandas di negara India itu.
Korang boleh search dekat Youtube untuk tengok dokumentari pasal tandas ni dan ada banyak. Tinggal pilih je nak tengok mana satu dulu (if interested to know)
Soft reminder: Jangan tengok masa tengah makan takut nanti hilang selera makan seharian!
...
Bila tengok gaya Nuh saat itu Sarah rasa macam tengah duduk bersama seorang lelaki normal. Tak nampak macam Nuh ada masalah dan ada masa juga Sarah rasa macam sesuatu tapi sesuatu tu bukanlah satu perasaan yang dirasai oleh Emir Hamzah kepada Senja Qalillah.
Ngehee...
Belum lagi atau memang tidak akan terdetik sikit pun?
...
Sampai kesudah Sarah tidak dapat menonton kartun bertajuk The Secret Life of Pets sebabnya lelaki itu buat angin satu kepala bila tiba-tiba sahaja nak mengajak Sarah menjadi seorang yang berilmiah!
Seharian suntuk duk menghadap dokumentari pun boleh naik berpinar mata dan otak.
...
"Okaylah Nuh, kakak nak pergi tengok Kak Mas tengah buat apa dekat dapur. Nuh tengoklah sendiri rancangan kegemaran Nuh ni sorang-sorang..."
Sarah sudah mahu bangun daripada duduknya dan Nuh terus pause-kan rancangan di tv.
"Kakak marah ke?"
Dengan innocent-nya Nuh berttanya kepada Sarah.
Sarah tayang muka separa bosan siap pakej menguap dua kali di depan Nuh.
...
"Tak marah pun tapi kakak bosan."
Sarah ingatkan bolehlah tarik perhatian Nuh dan membuatkan Nuh menukar ke filem yang Sarah pinta awal-awal tadi tapi tidak!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...