20

94 12 9
                                    

Bilik sewa Mia Arissa

Setiap ruang bilik sederhana besar itu dipenuhi dengan suara keluhan kasar milik Mia Arissa.

Kalau tengok keadaan bilik Mia Arissa yang dah macam kapal karam ni memang boleh join Mia Arissa mengeluh. Berserabut dengan baju dan beg-beg kertas pelbagai jenama.

Ni kalau dengan mak aku ni memang selamatlah telinga si Mia Arissa ni kena bebel dengan kelajuan maksima!

...

Tapi keadaan bilik yang serabut itu bukan concern utama kita ye anak-anak. Main concern is kenapa Mia Arissa mengeluh.

Takkanlah lepas balik berjalan semalam tambah pula dengan kekasih hati bernama Nuh tu terus bad mood?

Rasanya bukan kekasih hati tapi bekas kekasih hati, kan lebih tepat lagi?

...

Selagi boleh hidup dalam angan-angan, hiduplah Mia Arissa. Nanti kalau terjaga dari lena, pandai-pandailah rawat rasa sakit sebab angan-angan tu musnah berkecai.

...

Imbas kembali

Pagi-pagi ahad itu Mia Arissa sudah terpacak depan rumah Hanim. Sikit-sikit dirinya sudah kembali menunjukkan 'belang'. Pakaiannya juga sudah seperti kebiasaan.

Cuma kali ini wanita itu mengenakan sehelai seluar kulit bewarna shocking pink yang memang mengikut bentuk kaki. Baju off-shoulder bewarna putih yang selesa di-tuck in itu terletak elok di badan si pemakai.

...

"Lantaklah nak terbeliak biji mata aunty Hanim tu aku dah tak peduli..."

Mia Arissa berkata seperlahan yang boleh. Selepas mengemaskan rambut panjangnya, Mia Arissa terus mengetuk pintu rumah untuk beberapa kali. Dia dapat masuk ke dalam rumah itu pun sebab dia tahu gate kecik yang selalu digunakan itu tidak berkunci dan gate itu sejenis manual.

...

"Mia?"

Hanim yang membuka pintu rumah itu dan terus matanya tertancap pada muka tetamu pagi hujung minggunya.

'Apa kes datang rumah pagi-pagi ahad ni?'

Hanim sudah terdetik dalam hati.

Dia butakan sahaja sebelah mata melihat pakaian yang digayakan oleh Mia Arissa pagi ahad itu.

...

"Morning aunty!"

"Masuklah Mia..."

Hanim menjemput tetamunya untuk masuk ke dalam rumah. Dia masih lagi tertanya-tanya akan tujuan utama Mia Arissa bertandang pada hujung minggu itu. Nak cakap kerja, tak pun sebab sekarang bukan waktu bekerja pun dan yang paling penting Mia Arissa tidak pernah mengikat apa-apa kontrak bekerja dengan dirinya.

Tugas menjaga Nuh itu Mia Arissa sendiri yang sukarela setuju apabila Hanim memberikan cadangan.

...

'Baguslah kalau Mia memang sungguh-sungguh nak jaga Nuh...'

Hanim cuba bersangka baik dan menerima baik Mia Arissa. Mungkin jodoh Mia Arissa dengan Nuh itu memang kuat.

Takdir Allah, siapa je boleh sangkal kan?

...

"Mia datang sini sebab apa ye?"

Lebih baik Hanim bertanyakan terus akan tujuan utama.

Daripada dia terus berteka-teki dengan diri sendiri lebih baik bertanya terus dengan tuan badan yang sedang duduk di depannya.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now