60

71 6 4
                                    

Seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga, tiada majlis pertunangan. Makan malam tempoh hari sudah memadai. Elias sekeluarga tidak mahu pening-pening untuk mengikut adat orang melayu.

Majlis pernikahan akan dibuat di rumah Zaihah dan Umar. Tidak dan lah jika mahu mengadakan majlis nikah di Brunei.

...

Dan majlis sanding pula nanti akan dilakukan serentak untuk dua keluarga. Jemputan dari pihak Sarah tidaklah ramai sebab kenalan Elias dan Indah memang kebanyakkannya di Brunei. Jika Sarah dan Nuh pulang ke Brunei, nanti mereka sekeluarga akan mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja.

...

Rumah Zaihah dan Umar sudah meriah dengan suara kanak-kanak yang tidak kenal erti rehat. Berlari ke sana dan ke sini. Orang dewasa yang lihat pula jadi penat.

...

Baju nikah sudah siap ditempah pada MerahJambu. Sarah memang inginkan busana nikah dan sandingnya direka dan dijahit oleh MerahJambu.

...

Sepanjang tempoh persiapan majlis akad nikah, memang Sarah jarang-jarang berjumpa dengan Nuh. Bila perlu sahaja baru mereka berdua berjumpa. Itu pun Saif akan ada sekali menemani Sarah. Walaupun mereka bakal berkahwin tapi status masih lagi tidak menghalalkan mereka untuk berdua-duaan.

...

Kali terakhir Sarah dan Nuh berjumpa ketika di butik MerahJambu. Itu pun tudak sempat berlama-lama sebab masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan.

Sebelum pulang sempat Sarah mengusik Nuh.

...

"Jangan lupa hafal nama penuh saya. Make sure sekali lafaz je okay!"

"Dah hafal lama dah. Sarah binti Elias."

"Good!"

"Jangan tergagap okay, nanti boleh berlagak dekat Ainur yang saya dihalalkan dengan sekali lafaz. Gituh!"

"Kalaupun dua kali lafaz, Sarah tetap akan jadi isteri saya..."

"Cringeeeeeeee..."

...

Saif sudah membuat muka hendak muntah.

"Hormat sikit ek orang single! Karang aku lipat bumi ni dengan korang dua karang!"

...

"Opsieeeee lupa pula!"

Sarah sengaja.

...

"Okaylah. Bye, Nuh!"

"Bye, Sarah and Saif!"

...

Sarah yang jarang-jarang di-make up mukanya itu kelihatan sangat cantik. Sentuhan tangan MUA yang ditempah khidmatnya itu sangat teliti dan cantik.

...

Sarah mengenakan warna kuning cair bagi akad nikahnya. Tetamu yang hadir pula mengenakan tema bewarna putih.

...

Sarah duduk di atas pelamin yang dipenuhi bunga tulip dan mawar bewarna putih, oren dan kuning. Sarah sangat suka dengan pelaminnya. Memang mengikut setiap apa yang dia bayangkan.

...

Nuh yang sudah duduk di hadapan Elias itu juga kelihatan sangat segak dengan baju melayu warna sedondon dengan Sarah.

...

Indah duduk bersebelahan dengan Sarah di atas pelamin. Bila semua sudah berada dalam keadaan sedia, majlis akad nikah juga dimulakan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now