Kelihatan beberapa peminat seni sedang beratur untuk masuk ke dalam galeri itu. Ada juga beberapa orang sedang mengambil gambar di hadapan galeri tersebut. Masing-masing kelihatan teruja untuk pameran kali ini.
Sarah juga turut sama-sama beratur untuk masuk.
Ya, Sarah berada di hadapan N's dan keputusan untuk tidak memenuhi undangan itu terbatal. Setelah beberapa kali dirinya tidak berhenti-henti memikirkan apa yang Umar katakan tadi.
...
"Tak salah nak pergi pun, bukannya aku nak jumpa Nuh pun..."
Sarah bercakap sendiri dengan dirinya.
Tiba giliran Sarah untuk masuk ke dalam galeri dia lihat banyak hasil seni yang dipamerkan di segenap ruang galeri tersebut. Walaupun ada lukisan yang dia lamgsung tak faham maksud tersiratnya tapi Sarah tetap menghargai lukisan tersebut.
...
"Sebab tulah kot kau ni tak ada 'jiwa' ek Sarah?"
Untuk kesekian kalinya bercakap dengan dirinya sendiri. Dia perasan di satu sudut ruang tersebut telah dikerumuni oleh pengunjung tapi dia tidak endahkan. Sebab dia malas mahu bersesak-sesak di satu station tersebut.
Nanti bila sudah reda, barulah dia akan mengunjungi station tersebut dan melihat karya seni yang dipamerkan.
...
Seperti biasa, Sarah akan bergerak solo dan kadang-kadang dia akan berhenti di depan hasil seni yang terpamer dan ralit membaca informasi yang disediakan.
Dari satu lukisan ke satu lukisan dia akan ralit membaca. Haruslah dia membaca sebab dia ingin tahu apa yang tersirat disebalik lukisan yang terlakar.
...
Tiba di hadapan station seni yang seterusnya, Sarah sedikit terpegun dan dia tersenyum. Di situ dia melihat hasil seorang artis yang baginya cukup memberikan kesan kepadanya.
Seperti mengingatkan Sarah kepada sesuatu atau seseorang.
...
Pembalut coklat bewarna kuning keemasan yang penuh di atas sehelai kanvas yang telah dibingkaikan.
"Twix..."
Sarah sukakan coklat berjenama itu dan ketika dia menjadi penjaga Nuh pun sering kali dia memberikan lelaki itu coklat tersebut. Sehingga kali kedua dia terserempak dengan Nuh di Lotus.
Sarah seperti biasa akan membaca informasi yang tertulis pada sudut bingkai kanvas tersebut.
...
Walaupun aku dan kau tidak lagi saling mengenali tetapi setiap kenangan yang pernah tercipta akan sentiasa aku ingat. Walaupun aku bukan macam yang kau ingat tapi aku masih lagi aku.
Macam waktu kau pernah bagi aku Twix untuk pertama kali. Aku akan sentiasa ingat...
Sarah dapat rasakan apa yang hendak disampaikan. Dia teringatkan sewaktu dia menyatakan yang semuanya tidak lagi sama. Nuh yang ada sekarang bukannya Nuh dia pernah kenali. Tapi kenangan yang pernah wujud itu akan tetap kekal sampai bila-bila.
...
Sarah menghela nafas berat. Dia meninggalkan station tersebut dan mula melangkah ke arah yang lain.
Lampu di galeri yang sedikit malap itu menjadi semakin malap dan hanya ada satu spotlight sahaja yang menerangi satu ruang galeri itu. Ruang yang tadinya dikerumini pengunjung.
Fokus Sarah juga sudah teralih pada bahagian tersebut.
Ada video yang sedang dimainkan siap dengan audio. Jelas suara orang yang dirakam memenuhi ruang galeri.
...
"Nuh, hari ni kita tengok The Secret Life of Pets boleh?"
"Sure kakak, tapi lepas kita tengok satu dokumentari about Building Toilet in India..."
"Apalah yang dua orang ni tengah buat, sorang nak tengok kartun sorang lagi nak tengok dokumentari. Ha aku nak tengok lauk apa boleh dimasak..."
- video berdurasi singkat itu tamat dan digantikan dengan rakaman video yang lain pula.
...
"Kita buat benda lain okay petang ni?"
"Tapi Nuh nak pergi park, kakak..."
...
"Nuh, Nuh duduk diam-diam biar kakak lukis muka Nuh."
- video ini dirakam oleh Hanim sendiri bila melihat dua orang sedang duduk di ruang luar rumah.
...
Tamat video pendek tersebut. Tapi Sarah masih lagi kaku di tempatnya berdiri.
Pada hujung video itu ada diselitkan ayat yang pernah Sarah tuliskan pada kanvas putih untuk simpanan Nuh tempoh lalu.
Life might bring you tears and smiles. At the end of the day, it will remain as memories.
Kakak, 2021 ❤️
Hasil lukisan tidak di tunjukan pada video tapi kanvas itu nyatanya memang ada di dalam pameran itu.
...
Kini suara sesorang mula memenuhi ruang galeri. Dan Sarah kenal sangat suara siapa.
...
"Test mic one two three"
"First of all saya nak ucapkan terima kasih untuk semua yang hadir bagi memeriahkan pameran kali ini. Pameran kali ni memang saya boleh katakan sangat istimewa dan ada soft-spot dalam hati saya which I put so much effort in making sure everything will run smoothly."
"Saya memang tujukan pameran ni untuk seseorang yang saya sangat hargai dan saya nak dia tahu yang saya ikhlas untuk mengenali dia 'semula'. Walaupun saya bukan lagi Nuh yang ada dalam video tu tapi saya masih lagi Nuh yang sama."
"Pameran kali ni saya namakan sebagai 'Untuk Sarah' sebab setiap hasil lukisan atau karya yang saya hasilkan memang semuanya untuk Sarah.
"Walaupun saya berubah macam mana sekalipun memori yang pernah ada tu tetap akan terus tersemat..."
...
Nuh ucapkan setiap bari ayat itu dengan ikhlas dan matanya tidak lekang dari terus melihat Sarah yang berdiri di satu sudut ruang galeri itu.
Dari mula Sarah beratur sampai Sarah melihat pameran lain dan sehingga Sarah berdiri pegun itu Nuh masih lagi setia menjadi pemerhati Sarah.
Dia rasa sangat teruja bila meihat gadis itu berdiri di hadapan N's. Dia ingatkan Sarah memang tidak sudi langsung untuk datang memenuhi jemputannya. Tapi kehadirannya membuatkan Nuh tersengum kelegaan.
...
P/s: terimalah lagi bab baru. Semoga saya rajin habiskan cepat cerita ni. Sorry kalau tak reach ye expectations. Enjoy!
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...