54

102 4 6
                                    

Hari-hari berjalan seperti biasa. Tiada lagi perkara luar biasa yang berlaku sepanjang ketiadaan Nuh.

Sarah juga belajar untuk tidak memikirkan perkara-perkara yang mendatang. Tidak mahulah menanggung beban berat bila mindanya membuat kerja lebih masa - overthink.

...

Minggu terakhir sebelum study week bermula memang sedikit sibuk dengan pembetangan kumpulan dan juga assignment.

Benda-benda macam ini memang membantu mengalihkan perhatian Sarah.

...

Sarah juga akan menamatkan zaman belajarnya dan selepas ini dia harus melangkah ke bab seterusnya - menjadi dewasa tanpa pilihan lain!

Itulah roda kehidupan.

...

Sarah juga sudah membuat beberapa perancangan. Mungkin selepas ini dia akan sambung belajar atau dia akan pulang ke Brunei untuk meluangkan masa dengan ibu dan ayahnya. Dia perlukan masa untuk bertenang sebelum dia mulakan kerjaya sebagai seorang dewasa.

Penat jadi dewasa tapi ada seronoknya juga...

...

"Saif, nanti balik Brunei jom? Aku nak balik sana dan stay sana untuk tempoh masa yang agak lama."

Sarah mengemukakan pendapatnya  kepada Saif.

"Hmm boleh juga tapi aku tak stay lama kot. Sebab aku ada apply kerja dekat sini. Kalau ada yang sudi ambik aku kerja jadinya aku kenalah balik Malaysia awal..."

Sarah anggukkan kepalanya sahaja.

Umar dan Zaihah sudah pasti akan ikut dirinya pulang ke Brunei. Tidak sampai hati hendak meninggalkan mereka berdua di Malaysia sendirian.

Tapi Umar dan Zaihah bebas membuat pilihan sama ada ingin ikut Saif pulang ke Malaysia atau duduk lebih lama di Brunei.

...

Study week juga sudah melabuhkan tirainya dan kini semua pelajar sibuk menduduki ujian akhir semester.

...

Dan sepanjang tempoh itu juga Nuh tidak memunculkan dirinya. Kali ini memang lama lelaki itu membawa diri.

...

Atau mungkin dia sudah melupakan Malaysia seperti mana dia melupakan Sarah. Atau lebih parah lagi hatinya sudah berjaya diambil orang?

Mia Arissa, mungkin?

...

Mia Arissa pula kini banyak berubahnya.

Dia kini memang lebih selesa menggayakan abaya dan tudungnya juga menutupi dada. Walaupun begitu, dia masih kelihatan cantik dan moden.

...

Masa banyak dihabiskan dengan belajar agama dan dia juga kini bekerja di butik pakaian muslimah sebagai fashion consultant.

...

Memang sesuailah dengan minat Mia Arissa yang memang sukakan fesyen. Ramai suka melihat penghijrahannya dan sikapnya juga berubah.

...

"Alhamdulillah Ya Allah sebab Kau dah bantu aku untuk kembali mengenali-Mu dan agama-Mu..."

Ayat ini tidak pernah Mia Arissa lupa untuk ungkapkan. Tanpa hidayah dari Allah pasti dirinya akan semakin hanyut dan lemas dalam kesesatan yang hanya membawa dirinya kepada kemurkaan daripada Allah.

...

Nuh seperti leka dalam dunianya. Hari-harinya di tempat mencari ilhamnya itu sangat membantu dirinya berkarya.

...UNTUK SARAHWhere stories live. Discover now