Sudah menjadi rutin harian Nuh untuk keluar beriadah pada setiap petang.
Selalunya lelaki itu akan pergi ke taman rekreasi berdekatan dengan taman perumahannya tapi petang itu, dia pergi ke taman yang berada luar dari kawasan kejiranannya.
Mahukan kelainan.
Berubah angin.
...
"Cantik cuaca petang ni. Tak panas dan berangin pulak tu. Alhamdulillah, santai sikit nak jogging."
Nuh sudah memanaskan badan dan dia sudah mula berlari-lari anak sebelum nanti dia akan membuat beberapa pusingan keliling taman itu.
Mahu mengejar pace dan rekod sendiri.
...
Kalau Nuh teruja untuk mengeluarkan peluh tapi lain pula ceritanya dengan Sarah.
...
Mulut Sarah tidak habis-habis bertekak dengan Saif. Haruslah Sarah membebel tidak puas hati dengan kembarnya!
Ada ke patut paksa dirinya untuk keluar petang-petang hari dan ke taman rekreasi jugalah menjadi destinasi Saif pada petang yang cukup nyaman untuk tidur itu!
...
"Eii Saif, kau jelah pergi jogging tu. Aku ni dah cukup kurus dah untuk bakar lemak."
"Kau ingat kau kurus dah cukup untuk label diri tu sihat? Orang kurus ni kadang lagi banyak penyakit tahu!"
Mana pernah Saif hendak mengalah!
...
"Eh cakap sedap sikit eh. Aku dah buat FULL MEDICAL CHECKUP okay! Result aku semua Alhamdulillah baik je!"
Sarah mempertahankan dirinya.
Sesedap Alif Syukri je bila bercakap ye, Saif.
...
#TengahEmosiKeTu
...
"Tak salahkan kalau kau teman aku jogging. Okaylah, nanti malam aku belanja Woodfire, nak?"
Dengar sahaja nama kedai makan, terus diam mulut becok Sarah.
"Aku tuntut! Tapi, kau pergilah jogging sana. Aku nak jalan-jalan santai sambil cari spot redup untuk baca novel."
Sekarang ini siapa penyumbang penyakit?
Petang sudah elok membakar lemak tetapi malam hari sibuk menambah lemak.
Bijak!
Hahahaha
...
"Kau jangan ambik chocolate kalau ada orang asing offer. Waimah dia offer kau Twix ke Daim ke, jangan tergoda! Nanti susah aku nak buat poster ORANG HILANG."
Tak sempat Sarah hendak menjawab, Saif terlebih dahulu berlari meninggalkan Sarah sendirian.
...
"Ingat kita ni budak kecik ke?"
Rungut Sarah.
...
Sudah hampir satu pusingan Sarah berjalan dan akhirnya dia sudah berjaya mencari tempat yang selesa untuk dia duduk secara santai sambil-sambil membaca.
Sudah separuh novel The Museum of Heartbreak dibacanya dan setiap kali mata membaca betapa comelnya Eph dan Penelope, pasti Sarah akan tersenyum sendirian.
Tersenyum lebar.
...
"Awwww comelnya! Can i have someone like Eph?"
YOU ARE READING
...UNTUK SARAH
Short Story"Ini bukan straight away to heaven tapi straight away to hell terus kalau mati!" Sarah hampir menjawat jawatan sebagai Assistant Bomoh Dollah! Bila tengok job description secara sekali lalu memang nampak menyakinkan tapi bila baca betul-betul memang...