:3
RAMBUT panjangnya mula di ikat. Dia mula menepek makeup diwajahnya untuk ke majlis pada malam ini.
Eh, event sebenarnya, hehe.
Sebuah gambar di dalam sebuah frame dilihatnya. Gambar dia bersama bekas kekasih hatinya yang sudah lama meninggalkan dirinya.
Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Jujur, dia rindukan bekas kekasihnya.
Tetapi, bekas kekasihnya memilih untuk berkahwin dengan orang lain dibelakangnya.
Cepat-cepat dia menggelengkan kepala apabila tersedar yang dia teringatkan bekas kekasihnya. Haish!
Tudung mula dililit di kepalanya. Dia hanya memakai sehelai dress panjang yang berwarna putih dan dipadankan dengan tudung yang berwarna merah jambu.
Begnya diambil. Kasut tumit tinggi yang berada di almari di dalam biliknya, dikeluarkan. Dia memakai kasut tumit tinggi yang berwarna putih.
Terus, dia melangkah keluar dari bilik. Adiknya sudah menunggu dirinya di ruang tamu.
Sampai sahaja di ruang tamu, dia mengukirkan senyuman.
"Cantiknya akak!"
"Eyy ada sahaja kau ni. Sudah jom."
"Jom!"
Pintu utama mula dibuka. Mereka berdua bersama-sama keluar dan menyarungkan kasut mereka.
Pintu rumah dikunci. Kereta dipandu keluar oleh Danish dan pintu pagar ditutup serta dikunci.
Dia mula masuk di seat sebelah pemandu. Kereta dipandu memecut meninggalkan kawasan rumah teres tersebut.
:3
Bunyi bising event yang diadakan sangat memeritkan telinga. Haish, ni tak suka pergi majlis-majlis ni.
"Danish, akak tak sukalah bising ni."
"Alah akak, untuk Danish kan?"
"Haish, yelah."
Nabila terus memeluk erat lengan adiknya. Nasib adiknya tinggi darinya, baru orang nampak macam pasangan kekasih.
Tak adalah orang mengorat adiknya ini.
"Danish!"
Suara kuat Riana Alya binti Rahman mula kedengaran. Alya ialah tunang Danish dan juga berusia 21 tahun.
Alya anak kepada seorang ketua polis dan mempunyai seorang abang iaitu, Rayyan Aiman bin Rahman yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin.
Alya dengan dress kembang dibadan dan bertudung bawal itu berlari perlahan ke arah mereka berdua.
"Hehehe hai akak! Danish!"
Cara Alya yang ceria itu membuatkan Nabila senang, kerana itulah Danish jatuh cinta dengan Alya.
Alya terus menyalam Nabila. Dia juga suka Nabila ber-sweet dengan Danish dihadapan orang lain. Lagipun mereka berdua adik-beradik.
Baru tak ada perempuan yang gedik nak dekat Danish.
"Alya sihat?"
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...