BAB 13 : ❣️

379 23 0
                                    

:3

SUNGGUH tegang situasi yang berlaku ketika ini. Nabila dan Irfan hanya menunduk memandang lantai manakala ada dua orang yang memandang mereka berdua dengan pandangan tajam.

Haji Husin dan Hajah Hidayah masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sesampai sahaja di rumah anaknya, mereka berdua dapat melihat Irfan yang keluar dari bilik air dengan hanya berseluar dan Nabila yang sedang menyiapkan meja makan.

Mereka percaya Nabila dan Irfan tidak melakukan sesuatu yang tidak elok, tetapi mereka tetap tidak percaya bahawa Nabila membenarkan Irfan berdua-duan dengan dirinya di dalam sebuah rumah.

Sudahlah hanya mereka berdua, dengan pintu berkunci.

Jikalau jiran nampak, bagaimana? Sudah bawa malu. Lagi-lagi si Irfan ini keturunan diraja.

"Maaf kami lewat."

Tan Sri Dato Tengku Iman dan isterinya, Datin Rose melangkah masuk ke ruang tamu di rumah teres milik Nabila dan Danish.

Mereka hanya bersalaman sebelum mula duduk berhadapan dengan Irfan dan Nabila.

"Betul apa yang diceritakan oleh Haji Husin, Irfan?"

"Ye daddy."

"Kamu tak sedar yang kamu tu pegang status dato? Kamu tu lelaki termuda yang memegang gelaran itu, tak akan kamu tak sedar, Tengku Irfan Zhong?"

"Irfan sedar."

"Jadi sekarang ni, macam mana?"

Sebenarnya, Tan Sri Dato Tengku Iman sedikit terkilan melihat Hajah Hidayah di sini. Dia sedikit terkejut kerana dia sendiri mengenali Hajah Hidayah.

Sangat mengenali sehinggakan dia sendiri tidak sangka bahawa Nabila ialah anak kepada Hajah Hidayah sendiri. Patutlah wajah hampir sama.

"Irfan dengan Nabila dah setuju."

"Setuju apa?"

"Setuju yang kami berdua akan berkahwin."

"Apa?"

Nabila memandang ke-empat manusia dihadapannya. Dia menarik nafasnya, sedalam yang mungkin.

"Lagipun, Irfan dan Nabila sama-sama minat antara satu sama lain tapi Nabila masih tak mencintai Irfan sepenuhnya. Jadi, kami berdua bersetuju untuk bercinta selepas kahwin dan juga untuk menutup malu yang telah kami berikan ini."

Zainab yang hanya duduk di dapur itu sedikit terkejut.

"Kamu berdua pasti? Perkara kahwin ini bukan main-main, lagi-lagi untuk kamu Irfan. Seluruh Malaysia akan tahu tentang perkahwinan kamu dan Nabila."

"Irfan tahu dan sedar, jadi Irfan juga tidak kisah. Irfan hanya inginkan Nabila jadi isteri Irfan, sebagaimana daddy inginkan Irfan berkahwin."

Haji Husin mengangguk setuju, bersama-sama Datin Rose. Bagus juga mereka berdua setuju ingin kahwin, tidaklah perlu memaksa.

Tan Sri Dato Tengku Iman juga setuju kerana anaknya sudah mengikut kata-katanya, cuma hanya Hajah Hidayah. Dia tidak setuju.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now