BAB 26 : ❣️

345 18 0
                                    

:3

NAFASNYA ditarik perlahan. Tengku Kristiana memegang mic dengan erat sebelum melafazkan ayat yang disuruh oleh suaminya kepada tetamu yang hadir pada ketika ini.

Tepat pada pukul 10 malam, aktiviti yang satu itu akan dimulakan. “La danza inizia ora (Tarian dimulakan sekarang)” .

Dengan satu ayat yang diberikan, tetamu serta keturunan diraja yang hadir mula mencari pasangan masing-masing. Si jejaka mula menghulurkan tangan serta membongkokkan badannya ketika mengajak si gadis untuk menari bersama.

Irfan menarik nafasnya dan mula melangkah ke arah Nabila yang masih sibuk dengan air di tangannya. Sudahlah Nabila tak faham bahasa Itali, memang tak lah dia nak menari, kan?

Tangan Nabila sibuk minum air di dalam cawan gelas tersebut. Air kegemarannya, jus strawberry. Mata Nabila asyik melihat kelakuan manusia yang sudah mula menari ketika rentak lagu dimulakan.

Irfan mula melangkah ke arah Nabila. Dia berdiri berhadapan dengan pencuri hatinya serta tunang kesayangannya itu. Badannya dibongkokkan separas dada dan tangan dihulurkan.

My princess, may you dance with me ?”

Mendengar soalan daripada Irfan itu membuatkan Nabila terkaku sekejap. Perlahan-lahan tangannya menyambut huluran Irfan dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.

Gadis-gadis lain yang sanggup reject jejaka lain hanya sebab Irfan, mula kecewa dan menghentak kaki mereka. Ramai di Itali masih tidak tahu akan pertunangan Irfan bersama Nabila.

Nabila memandang Irfan yang membawanya ke tengah-tengah pentas menari. Nabila sedikit takut kerana dia tidak tahu apa-apa tentang tarian.

You, I tak tahu menari..”

Irfan mengukirkan senyuman manisnya dan diggelengkan perlahan kepalanya, “Sokay, you ikut je rentak I, okay?”

Nabila mengangguk kepalanya. Irfan memulakan langkahnya dan diikuti Nabila perlahan. Nabila berusaha tidak memijak kaki Irfan. Kepalanya tunduk melihat kaki mereka yang mula sibuk mengikut rentak lagu.

Sebelah tangan Irfan yang memeluk pinggang Nabila itu dileraikan perlahan-lahan. Tangan kirinya mula mengangkat perlahan dagu Nabila bagi menghadap dirinya.

Mata mereka mula bersatu dan membuatkan rasa cinta mereka semakin bertambah, “Sayang, tengok mata I. Jangan risau, you tak akan apa-apa. Percayakan I okay?”

Nabila tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Entah kenapa, dia seakan dipukau oleh pandangan mata Irfan kepadanya. Tidak henti Nabila menatap mata Irfan saat mereka mula menari.

Irfan suka akan situasinya dengan tunangnya itu. Mereka menari di tengah-tengah pentas sambil disaksikan semua. Biar mereka tahu bahawa Nabila miliknya, dan tidak boleh dirampas atau diganggu.

Saat lagu ingin berakhir, tarian diberhentikan. Irfan mula meletakkan satu tangannya di paras bawah dada dan badannya dibongkokkan sedikit. Nabila yang faham akan situasi itu mula kedua-dua tangannya memegang dress kembang itu dan membongkokkan badannya dihadapan Irfan.

Tepukan kuat diberikan oleh tetamu yang hadir. Wajah Nabila mula memerah saat dia dijadikan perhatian ketika itu. Cepat-cepat Nabila melangkah turun dari pentas dan berjalan jauh dari tetamu yang ada.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now