:3
TANGANNYA naik mengusap dada bidang milik Tengku Adam yang tidak dilapit apa-apa itu. Lisa melentokkan kepalanya di bahu Tengku Adam.
"Bila kita nak mulakan misi kita ni, Adam? Diorang dah bertunang tahu tak.."
"Aku tengah fikir lah ni. Irfan tu sekarang kuat, susah nak jatuhkan dia."
"Kalau lah dapat mabukkan dia dan bawak dia masuk bilik lepastu kita kantoikan aku dengan dia."
"Baik aku dengan Nabila je buat benda tu, dapat aku rasa terus dia. Haish, kenapala aku boleh lepaskan Nabila tu dengan mudah?"
Lisa memainkan tangannya di tangan Tengku Adam. Mereka berdua masih berfikir bagaimana ingin menghancurkan Nabila dan Irfan.
"Cuba kau telefon Irfan tu."
"Untuk apa?"
"Kau cakaplah kau kena kacau ke apa, mesti dia risau kan?"
"Aku je dah dua kali kena tolak dengan dia, kau ingat dia masih risau pasal aku ke?"
Mereka berdua masih berfikir bagaimana ingin menghancurkan pertunangan antara Nabila dan Irfan. Jikalau boleh, mereka berdua ingin hubungan Nabila dan Irfan hancur sepenuhnya.
Tetapi mereka tak sedar, Nabila juga keturunan diraja dan satu-satunya cucu kesayangan Tengku Iliana.
Siapa yang menyentuh cucunya itu, memang menghadap Tengku Iliana sendiri.
:3
Nabila menolak tangan Irfan yang sibuk menganggu dirinya sedang menaip sesuatu di laptop milik Nabila sendiri.
Nik Yuqi datang dengan membawa secawan air kopi untuk Nabila. "Cik Muda Nabila, ini air untuk Cik Muda. Permaisuri menyuruh Cik Muda untuk minum."
"Baiklah, letak je atas meja tu. Terima kasih Yuqi."
Cawan segelas air kopi latte itu diletakkan di atas meja kopi dihadapan Nabila.
"Air untuk saya?"
"Maaf, tetapi Permaisuri mengatakan bahawa saya hanya berkhidmat untuk Cik Muda Nabila sahaja."
Irfan mencebik. Haish!
Prang!
Bunyi kaca pecah dari arah dapur menarik minat Nabila dan Irfan serta Nik Yuqi yang asyik berdiri di sebelah sofa tersebut.
"Apa tu?"
Irfan terus berdiri. Nabila menutup laptopnya dan mengikut arah Irfan ke arah dapur.
"M-maafkan saya, Nik Yusri. Saya tak sengaja terjatuhkan cawan ini."
"Apa yang berlaku?"
Suara dalam Irfan menarik perhatian mereka. Fatihah Ain memandang tajam Nabila.
"Fatihah Ain tidak sengaja jatuhkan cawan ini."
"Tak apa, bersihkan sahaja. Setakat satu cawan, tak akan menjejaskan apa-apa."
"Apa yang pecah ni?!"
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...