:3
BUNYI kompang kedengaran kuat di majlis dewan tersebut. Selesai sahaja majlis pernikahan yang menyatukan dua hati, mereka terus melangsungkan majlis perkahwinan pada malam selepas waktu Isyak.
Nabila yang menjadi pengapit kepada Leya, hanya mengukirkan senyuman manis. Ye, hari ini adalah hari perkahwinan antara Leya dan Hakimi.
Bersatu jua mereka berdua. Pengapit Hakimi pula ialah kawan baik Hakimi sendiri.
Irfan yang dijemput sebagai tetamu mula rasa cemburu sedikit apabila melihat Nabila yang sama baju warna serta design dengan pengapit Hakimi.
Seperti pasangan bercinta jika dilihat. Nabila pula mesra sahaja dengan semua tetamu yang hadir.
Ramai yang hadir ke majlis tersebut. Sudah kalau model terkenal Malaysia, mestilah ada beberapa artis yang hadir juga.
Apabila kedua-dua pengantin telah selesai duduk di pelamin, Nabila dan pengapit Hakimi iaitu Putra Adrian, hanya berdiri setia di sebelah pengantin mereka sambil mengipaskan pengantin.
Ada yang cair melihat wajah Leya serta Nabila. Nabila hanya ingin kelihatan biasa sahaja pada hari ini, tetapi Leya sendiri memaksanya menjadi lain sedikit.
Akhirnya, waktu makan jua tiba. Nabila meminta izin untuk makan bersama-sama Danish, Alya dan Irfan.
"Akak!!"
Danish terus memeluk Nabila saat Nabila sudah sampai ke meja makan. Nabila membalas pelukan adik manjanya itu.
"Maaf lambat. Kauorang semua dah makan ke?"
Ketiga-tiga mereka menggeleng. Melihat makanan di meja yang sudah terhidang membuatkan Nabila mengangguk.
"Jadi jom kita makan."
Nabila terus duduk bersebelahan Danish dan bersebelahan Irfan manakala Alya duduk bersebelahan Danish. Dihadapan mereka pula ialah kawan-kawan Leya serta Hakimi.
Mereka berkongsi meja. Lagipun, kawan Leya adalah kawan Nabila juga.
Sambil makan, Irfan memandang Nabila sedikit demi sedikit. Suka dia melihat wajah Nabila hari ini.
Lagi-lagi Nabila yang duduk bersebelahannya. Haish, cantik sungguh pencuri hati ini!
"Hurm Irfan, kau okay ke?"
Terkaku Irfan jadinya apabila kantoi dirinya melihat Nabila. Cepat-cepat Irfan minum segelas air oren yang telah disediakan.
"Er okay je hehe.."
"Ha yelah."
"Hurm Nabila."
"Ye?"
"Boleh tak kalau kita berdua ambik gambar dekat pelamin tu? Aku nak sangat bergambar dengan kau."
Nabila mengangguk, bagi sahajalah, lagipun dia sedang membuka hatinya untuk menerima Irfan.
Melihat respon Nabila membuatkan Irfan tersengih. Yeay!
"Para pengantin dan pengapit sila ke pelamin untuk bergambar lagi sekali. Ahli keluarga dan kawan-kawan serta sanak saudara juga boleh bersedia untuk bergambar sekali."
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...