:3
"AKAK betul ni akan okay?"
Sudah hampir sepuluh kali Danish menanyakan soalan sama kepada Nabila. Nabila sampai penat nak jawab.
"Ye, akak okay je. Sudah, pergi rumah mentua sana, kesian Alya tunggu Danish dari tadi."
"Eh akak, Alya okay je."
Nabila menolak Danish, rimas sebenarnya.
Hanya seminggu sahaja Danish duduk di rumah mentuanya. Jadi dia akan tinggalkan Nabila seorang di rumah teres mereka.
"Duit rumah akak jangan risau, Danish akan sentiasa bayar tau?"
"Yeee, akak tau. Sudah, pergi sana dengan Alya."
"Menghalau eh?"
"Haah. Sudah, pergi je! Banyak cerita pulak!"
Danish mengangguk lemah. Dia terus masuk ke dalam kereta bersama-sama dengan Alya.
Nabila membalas lambaian Alya dan terus dia melangkah masuk ke dalam pagar rumah teres miliknya dan Danish.
Selesai mengunci pagar dan pintu rumah, Nabila terus melompat duduk di atas sofa.
Hari ini adalah hari malasnya, yeay!
:3
Leya fokus melihat jadual kerja permodelannya untuk minggu ini. Keningnya berkerut, banyaknya.
Semenjak dia bertudung ini, dia semakin banyak job untuk menjadi model muslimah.
Hakimi dari belakang terus memeluk pinggang Leya yang ramping baginya. Mereka baru sahaja tiga minggu menjadi suami dan isteri.
"Isteri abang ni buat apa?"
"Ah abang.. Ni ha, Leya tengah tengok jadual kerja Leya. Banyak tahu tak, haish."
"Alah biasalah tu. Leya pun dah bercuti dua minggu kan, jadi memang banyaklah kerjanya."
Leya mengangguk kecil. Dia terus menghadap laptop miliknya. Ingin membetulkan jadualnya.
Hakimi setia melihat isterinya bekerja. Hakimi hanya menjadi bos dalam kedai miliknya jadi kerjanya tak adalah banyak mana.
Cuma perlu memberikan persetujuan yang telah dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Leya terus memandang suaminya yang setia memandang dirinya daripada tadi.
"Abang."
"Ye sayang, kenapa?"
"Kalau Leya mengandung kan, boleh tak Leya berhenti kerja model ni?"
"Sebab?"
"Yelah, nanti bentuk badan Leya dah hilang, susah jadi model."
"Boleh jadi model ibu mengandung, tak pun nanti lepas dah habis berpantang, sayang boleh je pergi gim untuk dapatkan badan sayang balik."
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomantizmKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...