BAB 6 : ❣️

470 33 0
                                    

:3

NABILA membelek barang di dalam begnya. Dia mengeluh. Haish! Mana pulak perginya dompet aku ni?

"Hurm cik? Ni dompet cik ke?"

Terus dia berpusing belakang. Wajah Irfan dibelakangnya dipandang dengan pandangan biasa.

Melihat dompet di tangan Irfan, Nabila mengangguk, "Yup dompet aku."

Irfan tersengih, dia memberikan dompet itu kepada Nabila. Suka betul dia melihat wajah Nabila, entah kenapa.

"Terima kasih. Kau dah makan?"

"Kenapa? Nak ajak aku makan?"

"Haah. Nak balas jasa kau. Jom makan lunch sama-sama?"

Irfan mengangguk. "Nak makan dekat mana?"

"Hurm.. Makan dekat restoran tu nak?"

Nabila menunjukkan restoran daging di hujung kawasan mereka berada sekarang.

Irfan mengangguk lagi. Dia berjalan bersama-sama dengan Nabila ke restoran tersebut.

"Nama?"

"Hana Nabila, kau pulak?"

"Irfan Zhong, panggil Irfan. Umur kau berapa?"

"23 tahun. Seingat aku, kau 25 kan?"

"Haah, tahu pulak kau."

Ada sebab kenapa Irfan tidak beritahu nama penuhnya. Dia nak Nabila jadi kawannya tanpa pangkat diraja.

"Kau kawan dengan abang kepada bakal adik ipar aku, jadi aku ingat sama umur. Kau kerja apa?"

"Aku bukak syarikat game. Kau penulis kan? Rayyan ada beritahu aku."

"Yup! Aku penulis sementara. Aku tak tahu nak kerja apa, jadi penulis jelah."

"Okaylah tu. Kau memang kerja menulis je ke? Sebab kadang-kadang kita perlu pekerjaan sampingan kan?"

"Tak ada, adik aku kata biar aku kerja buat novel je, dia bekerja. Dia nak aku duduk rumah dan masak untuk dia. Senang sikit katanya."

"Wah, dah macam isteri dah adik kau treat kau."

"Hahaha itulah. Dia kata sebab aku selalu jaga dia dari kecil, banyak buat macam-macam untuk dia, jadi kata dia nak balas usaha aku. Aku pun macam, malas paksa aku setuju jelah."

Irfan tersenyum. Dalam hatinya seperti ingin sangat berkahwin.

Tiba-tiba rasa macam itu ketika berbual dengan Nabila.

Masuk sahaja ke dalam restoran, mereka berdua memilih tempat duduk yang jauh sedikit supaya tidak terlalu ramai orang.

Dapat sahaja tempat duduk, pelayan yang sudah lama melihat mereka berdua terus menghulurkan buku pesanan.

Selesai membuat pesanan, pelayan itu terus beredar. Nabila memandang Irfan yang asyik memandang.

"Kenapa?"

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now