:3
TEPAT pada 30 Disember, pernikahan antara Danish dan Alya akan dilangsung sebentar lagi.
Nabila memandang adiknya yang tampan berbaju Melayu putih di badan. Sampin juga disarungkan kemas.
"Kacak adik akak hari ini."
"Hari ini je? Hari lain tak?"
"Tak, hari ni je."
Danish menjeling kakaknya itu. Nabila mula berdiri dan membetulkan rambut Danish supaya kelihatan lebih kemas.
Nabila mengusap pipi Danish. Dia terpaksa mendongak kerana Danish yang lebih tinggi dari dirinya itu.
"Adik akak dah nak kahwin."
Rasa sebak mula menguasai diri. Danish mengukirkan senyuman kecil. Atas kepala Nabila diusapnya perlahan.
"Danish tetap akan bermanja dengan akak sampai bila-bila walaupun Danish dah ada isteri."
"Akak cuma tak sangka akak akan melepaskan adik akak. Nanti siapa yang nak jaga akak lepas ni?"
Air mata yang mengalir di pipi Nabila, diseka oleh Danish. Dia tak sanggup melihat air mata kakaknya mengalir.
"Akak, Danish tetap akan jaga akak sampai lah Danish mati. Akak nyawa Danish. Walaupun ada Alya, akak lah yang pertama Danish akan pilih. Jangan sedih okay? Hari ni akak kena lawa sebab Danish nak kahwin ni. Akak wajib nampak jelita, okay?"
Nabila mengangguk perlahan. Dia terus memeluk erat adiknya itu. Danish membalas pelukan Nabila sambil tangannya mengusap belakang Nabila.
Pintu persalinan lelaki dibuka oleh Hajah Hidayah dan Hajah Hidayah masuk bersama suaminya, Haji Husin. Mereka berdua tersenyum melihat kemesraan antara Nabila dan Danish.
Tidak salah cara mereka mendidik anak-anak mereka berdua. Membesar dengan baik dan bakal menjadi milik orang lagi.
"Ummi dengan abah menganggu ke?"
Danish menggeleng. Dia melepaskan pelukan dan membetulkan wajah Nabila yang sedikit basah dengan air mata.
"Alahai Nabila ni pun, Danish yang nak kahwin, kenapa kamu yang menangis ni?"
"Menangislah, nanti Nabila tak boleh nak bermanja dengan Danish dah."
"Siapa cakap? Danish masih ada tanggungjawab terhadap Nabila tau. Sudahlah, betulkan makeup tu, teruk dah jadinya. Lagi 10 minit majlis akan bermula. Tok kadi pun dah sampai."
Nabila mengangguk. Dia terus bergerak ke arah begnya berada. Set makeup dikeluarkan. Cermin ditujunya.
"Mari kita membetulkan wajah!"
:3
"Sah?"
"Sah."
Akhirnya, Danish dan Alya sudah disatukan dengan sekali lafaz. Semua mengucapkan Alhamdulillah. Majlis pada hari ini berjalan dengan baik.
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...