BAB 22 : ❣️

297 19 0
                                    

:3

LISA mengukirkan senyuman gembiranya. Akhirnya! Satu ahli keluarga orang yang dibencinya sudah menerima nasib malangnya.

Gambar seorang lelaki yang berdiri bersebelahan Leya juga dipandang Lisa. Lisa terus tersenyum sinis.

“Selepas ini, giliran kau pulak, Hakimi. Kali ni, aku akan buat kau mati.”

Semakin lama semakin sinis senyuman yang terukir di bibir Lisa. Lisa akan buat apa sahaja untuk hancurkan hidup Nabila.

Selagi dia tidak dapat Irfan menjadi miliknya, Lisa akan buat apa sahaja untuk membuatkan Nabila gila sehinggakan Irfan sendiri buat keputusan untuk meninggalkan Nabila.

Siapa sahaja sanggup untuk bersama-sama dengan orang gila yang sakit mental?

“Kau tunggu Nabila... Kalau aku tak dapat Irfan, tiada siapa yang akan dapat Irfan.. HAHAHAHAH..”

Dari tingkat atas, Tengku Adam yang melihat hanya menggelengkan kepalanya. Dia rasa Lisa sudah tak waras.

Memang Tengku Adam inginkan Nabila, tetapi Tengku Adam tak mahu kotorkan tangan dengan darah manusia.

Dia akan buat dengan caranya sendiri. Esok, Tengku Adam akan tinggalkan Lisa. Dia tak mahu ada kena mengena dengan Lisa lagi.

:3

“Argh!” Nabila menghempas bukunya di atas meja. Dia langsung tiada idea untuk menyambung menyambung bab seterusnya.

Semenjak Alya disahkan gugur dua hari yang lepas, Nabila semakin murung kerana dia rasa sakit melihat Danish yang tidak henti-henti balik ke istana dan pulang ke hospital hanya untuk menjaga Alya.

Dia kesiankan Danish. Entah kenapa, Nabila rasa bersalah dengan dirinya sendiri.

Irfan yang berada di situ, memandang Nabila dengan pandangan kesian. Dia sendiri tak mampu nak tolong dah.

Semasa Nabila sedang serabut memikirkan idea bab seterusnya, telefon milik Nabila berdering kuat dan langsung tidak menarik perhatian Nabila.

Irfan melangkah mendekati meja dan memegang telefon Nabila. Panggilan daripada Leya terus dijawab Irfan.

Mendengar suara tangisan Leya dan apa yang disampaikan oleh Leya membuatkan Irfan terkejut. Langsung tak sangka dengan apa yang didengarinya.

“Siapa yang telefon, Irfan?”

Irfan memandang Nabila dengan pandangan terkejut. Dia perlu sampaikan juga walaupun pedih untuk Nabila menerimanya.

“H-hakimi.. Suami Leya.. Disahkan meninggal hari ini..”

Mendengar kata-kata Irfan itu membuatkan Nabila terdiam. Dunia Nabila seakan berhenti bergerak. Jantung Nabila juga seakan berhenti daripada bersegup.

Hakimi, suami kepada Leya dan juga satu-satunya kawan Nabila. Nabila langsung tak sangka yang kawannya pergi begitu sahaja tanpa sempat Nabila melihat wajah Hakimi.

Setitik air mata mengalir di pipi Nabila. Irfan terus melangkah ke arah Nabila dan memeluk erat tubuh Nabila. Merasakan pelukan hangat itu, serta merta Nabila menangis.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now