BAB 30 : ❣️

452 20 0
                                    

:3

SINARAN matahari memancar tepat ke wajahnya. Perlahan-lahan matanya dibuka dan memandang tepat ke arah tingkap di dalam wad tersebut. Dia mencelik matanya berkali-kali dan tangannya di angkat menghalang sinaran matahari itu terus memancar ke wajahnya.

Matanya bergerak sekeliling ruang wad privasi tersebut. Tekaknya yang berasa kering itu membuatkan dirinya terbatuk kecil.

Dia cuba duduk untuk sandar ke kepala katil, tapi tidak berjaya. Saat dirinya ingin mencuba lagi, pintu wad itu terbuka dari luar. Terkaku langkah seseorang yang baru sahaja melangkah masuk.

Setitik demi setitik air matanya mengalir, tidak sangka dengan perkara yang dilihat dihadapannya.

“N-nabila?”

Nabila mengukirkan senyuman kecilnya dan mengangguk. Dia ingin bersuara, tetapi tekaknya terasa terlalu kering.

Si dia terus membantu Nabila saat melihat Nabila yang sangat struggle untuk duduk. “Akak nak air?”

Nabila mengangguk. Air botol Mineral water itu dituangkan kedalam cawan yang sudah disediakan. Danish menghulurkan cawan tersebut kepada kakaknya. Danish juga membantu Nabila minum sambil memegang erat cawan itu. Takut tumpah jikalau tangan Nabila masih lemah.

Butang berwarna biru di atas kepala katil itu ditekan. Selepas beberapa minit, seorang doktor perempuan dengan tiga jururawat perempuan melangkah masuk ke dalam wad Nabila.

Danish mengusap rambut panjang kakaknya sebelum melangkah keluar. Ingin biarkan doktor dan jururawat yang ada untuk merawat kakaknya.

Telefon dikeluarkan. Danish ingin memberitahu seluruh keturunannya bahawa Nabila sudah sedar.

:3

Pintu wad itu terus dirempuh Irfan. Saat mendapat panggilan daripada Danish, Irfan berhentikan meeting di syarikatnya dan memecut laju keretanya ke hospital besar Kuala Lumpur.

Masuk sahaja ke dalam wad, Irfan terus menuju ke arah Nabila yang sudah menyarungkan tudung sarung berwarna putih.

Irfan menggeleng tak percaya. Dia menatap mata Nabila yang juga menatap matanya.

Mereka yang ada mula melangkah keluar dari wad, ingin biarkan pasangan ikatan tunang ini bersama dahulu.

You kenapa ni? Asyik tengok muka I je.. Teruk ke 3 minggu I tak sedar?”

Mendengar suara Nabila membuatkan air mata Irfan mengalir deras. Nabila tersentak.

“Eh Irfan kenapa ni? Jangan buat I risau, baby..

Ingin dipeluk badan Nabila, tetapi dia tahu mereka masih belum ada apa-apa ikatan halal. Irfan hanya mengusap atas kepala Nabila yang tersarung tudung itu.

“Irfan rindukan Nabila..”

“Nabila mintak maaf lambat untuk sedar. Nabila pun rindukan Irfan..”

“Jangan tinggalkan Irfan lagi, jangan korbankan diri untuk Irfan lagi, jangan dan jangan, okay? Tolong berjanji dengan Irfan.. Irfan tak sanggup kehilangan Nabila lagi... 3 minggu seakan-akan 3 tahun tahu tak? Macam mana Irfan nak hidup tan-”

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now