:3
KELUHAN dilepaskan. Nabila mengeluh sambil memikirkan dirinya yang mudah memberikan hatinya kepada seseorang.
Dahulu dia pernah berikan cintanya kepada seorang lelaki dengan mudah iaitu bekas teman lelakinya waktu zaman sekolah dahulu.
Dan hatinya dipermainkan begitu mudah sekali. Selepas dari itu, dirinya mula menjadi seorang yang pendiam.
Dia bersembunyi di dalam bilik sehinggakan Danish sendiri membelasah lelaki yang menyakiti kakaknya.
Danish sendiri luka selepas bergaduh, tetapi dia tidak kisah akan itu. Hatinya lebih sakit saat kakaknya sendiri terluka akibat lelaki yang langsung tidak kisah akan seorang perempuan.
Semenjak dari kejadian itu, Danish langsung tidak membenarkan mana-mana lelaki dengan mudahnya mendekati kakaknya.
Nabila tersenyum kecil. Frame gambar di meja soleknya mula dipegang. Sudah sampai masanya untuk dia melepaskan lelaki itu pergi.
Gambar dikeluarkan. Nabila terus mengoyakkan gambar tersebut dan frame itu pula disimpan.
Ini sahajalah kenangan yang dia ada yang juga Danish benarkan. Yang lain telah dibakar sendiri oleh Danish.
"Haih, asal lah aku ni mudah sangat bagi hati dekat lelaki? Kau ni bodoh betul."
Saat dia ingin meneruskan kerjanya sebagai penulis, telefonnya tiba-tiba berdering.
Panggilan daripada seseorang yang sudah lama ditunggunya, mula diangkat.
"Assalamua'laikum!"
"Waalaikumussalam! Haa aku sebenarnya nak beritahu kau sesuatu ni!"
"Apa dia? Ni kau pakai nombor Malaysia ni, maksudnya..."
"Yup! Aku dah sampai Malaysia! Aku dekat rumah parents aku!"
"Kau serius lah? Tak tipu kan?"
"Tak! Esok aku datang KL, nak jumpa kau. Argh tak sabar duh!"
"Ye wei! Arghhh! Esok nak jumpa dekat mana?"
"Kita lepak ikea nak? Aku bekerja dekat KL lepas ni jadi aku kena beli barang rumah. Rumah pun aku dah sewa sebelum sampai KL."
"Kenapa tak tinggal dengan aku dan Danish je? Rumah kitaorang ada bilik kosong lah."
"Walaupun kita sepupu, Danish tetap lelaki, mana boleh tengok aurat aku. Jadi aku tinggal sendiri. Alah dekat apartment biasa je."
"Yelah bakal doktor. Aku nak sambung buat bab seterusnya, esok kita jumpa tau? Pakai baju warna pink tau!"
"Baiklahhh, assalamua'laikum!"
"Wa'alaikumussalam!"
Selepas menamatkan panggilan, Nabila terus melompat gembira. Argh!
Akhirnya, sepupu tambah sahabatnya sudah sampai Malaysia! Dah empat tahun mereka jarang berjumpa.
Nik Zainab Qiriana binti Nik Zainuddin. Sama umur dengan Nabila dan sambung belajar di Korea Selatan dalam kos kedoktoran.
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...