BAB 29 : ❣️

380 22 0
                                    

Nak beritahu bahawa cerita ini dah nak sampai ke endingnya. Jadi bersedia ye semua?

:3

SENYUMAN semakin sinis terukir di wajah Irfan Zhong. Dia melihat tubuh Lisa yang terbaring lemah di atas katil yang berada di pusat tahanan milik keluarga Tengku Razaleigh.

Pusat tahanan ini dibuat di kawasan bawah tanah istana. Direka khas untuk menyeksa dan menyimpan orang yang melakukan jahat kepada keturunannya.

Perlahan-lahan mata Lisa terbuka. Dia memandang sekelilingnya dengan pandangan takut. Entah kenapa, bilik tersebut memberikan dia rasa tidak enak.

Tangan serta kakinya juga di ikat di setiap penjuru katil. Di ikat menggunakan rantai besi yang sudah berkarat. Akibat kesan karat itu, berjaya membuatkan pergelangan lengan dan kaki Lisa menjadi warna merah.

Lisa memandang tepat seorang lelaki yang duduk jauh dalam kegelapan. Wajah lelaki itu cuba diprosesnya. Dirinya juga melihat beberapa lelaki yang hanya menyarungkan seluar boxer dan berdiri disekitar katilnya.

Air liur ditelan. Dia takut dan rasa seram. Dia hanya ingat rancangannya sebelum diculik ke tempat begini.

Rancangannya mahu mencucuk satu ubat ke dalam tangan Nabila tetapi tidak berjaya saat dirinya diculik semasa dalam perjalanan ke KLIA.

Lisa juga lupa bahawa Nabila sudah dibawa balik ke Malaysia. Sia-sia sahaja dirinya ingin ke Itali.

Ye, dua hari yang lepas, seluruh keturunan Tengku Razaleigh pulang ke Malaysia dengan membawa tubuh Nabila. Mereka ingin menyambung rawatan Nabila di hospital Malaysia sahaja.

Wad Privasi Nabila juga dijaga ketat dengan dua puluh pengawal, tidak kira dalam dan luar wad. Ada juga beberapa ahli keluarga datant bergilir-gilir untuk menjaga dan membersihkan Nabila.

Di luar wad hanya ada 10 pengawal lelaki manakala di dalam wad hanya ada 10 pengawal perempuan. Ini semua atas arahan Tengku Iliana sendiri.

Cucu kesayangannya mesti dijaga. Dia tidak akan membenarkan sesiapa menyentuh cucunya itu.

Melihatkan wajah takut Lisa, membuatkan Irfan tergelak. Akibat gelakkan itu, membuatkan Lisa mengenali lelaki tersebut.

“I-irfan?”

Irfan berdiri dan melangkah ke arah Lisa. Dia memberikan senyuman manis yang di tipu nya kepada Lisa. Air mata Lisa menitis kerana perasaan takut yang semakin menebal.

Dia tahu. Dengan melihat pakaian Irfan yang berwarna hitam dan mata Irfan yang sudah memerah itu membuatkan Lisa tahu akan situasi tersebut.

Diri setan Irfan sudah keluar. Lisa jadi takut, sangat takut.

Dia tersilap langkah dan dirinya mula menyesal.

“Kau tahu tak siapa yang beritahu bahawa kau yang sebenarnya tikam Alya, bunuh Hakimi sehinggakan buat tunang kesayangan aku sampai gila?”

“T-tak.. I-irfan tolong, s-saya ta-”

“Shuh... Dengar dulu sayang..”

Rambut Lisa yang serabut itu diusap Irfan sebelum ditarik kuat. Terdongak kepala Lisa jadinya.

“Adam yang kau gunakan tu beritahu kerja kau! Kau perempuan tak guna! Apa masalah kau dengan Nabila?! Dia tunang aku tahu tak?!”

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now