:3
BUK!
Satu tumbukan kuat diterima oleh Tengku Adam yang diberikan oleh Danish. Dia geram kerana Tengku Adam muncul semula di dalam kehidupan kakaknya.
Kenapa dahulu dia tak bunuh je terus?
"Aku tak benarkan kau jumpa kakak aku!"
"Danish!"
Nabila terus memeluk Danish untuk menghalang Danish dari terus menumbuk Tengku Adam. Sudahlah hari ini hari pernikahannya, nasib sahaja mereka berada di belakang masjid, jauh dari semua tetamu.
"Lepaskan Danish, kakak! Biar Danish pecahkan terus muka jantan tak guna tu!"
"Sudah Danish! Kakak cakap sudah!"
Dari rotaan itu, terus Danish berhenti. Dia tak mampu melihat air mata Nabila yang sudah mengalir.
"Ahh kakak, jangan menangis.. Danish janji tak buat dah, janganlah.. Nanti tak lawa muka akak.."
Air mata yang mengalir itu terus diseka Danish. Dia memeluk erat kakaknya dan tidak berhenti mintak maaf.
Irfan Zhong yang melihat hanya mengukirkan senyuman kecil, nak cemburu pun tak boleh, adik-beradik kan?
Mata Irfan melirik memandang Tengku Adam yang menatap Danish dengan pandangan tajam. Irfan melangkah berdiri berhadapan dengan Tengku Adam.
"Blah."
"Kau lah blah! Asal aku pulak?"
"Sebab kau tak di ingini di sini. Aku rasa lebih patut kau beredar. Ni masjid dan hari pernikahan seseorang, tahu tak betapa berdosanya seseorang menghancurkan hari yang indah dan juga melakukannya di masjid, rumah Allah ini?"
Tengku Adam terdiam.
Perlahan-lahan Tengku Adam berdiri. Dia mengeluh. Terpaksa dirinya pulang.
"Aku cuma nak beritahu yang aku akan datang menuntut hak. Nabila aku punya dan aku akan dapatkan apa yang aku nak, itu janji aku."
"Heh, silakan. Tapi kalau dia sah jadi isteri aku nanti, jangan menyesal sebab cari gaduh dengan kawan baik bapak kau, Tengku Adam."
"Kita tunggu keturunan diraja berperang."
"Berperang untuk seorang perempuan? Menarik. Aku tunggu dan jangan risau, aku tak akan turut serta sebab aku hanya akan jadi penonton setia."
Tengku Adam memandang Irfan dengan pandangan tajam dan terus beredar dari situ.
Irfan tersengih. Dia tak akan benarkan Tengku Adam mendapatkan Nabila, itu kepastiannya.
Tengku Adam tak akan berani kerana penganti diraja di keturunan Tengku Adam bukanlah Tengku Adam sendiri.
Iaitu kawan baik Irfan sendiri, yang masih belum berada di Malaysia. Dia menetap di England untuk menghabiskan pelajarannya.
"Aku tunggu kau pulang, sahabat."
:3
Melihat Nabila yang nyenyak tidur itu membuatkan Danish berasa lega. Selepas sahaja melegakan Nabila daripada menangis, Nabila terus pengsan di dalam dakapannya.
Akibat Danish yang perlu berjumpa dengan tetamu, badan Nabila diangkat oleh Irfan.
Danish percayakan Irfan tidak akan buat sesuatu yang buruk kepada Nabila, kerana itu dia membenarkan Irfan membawa Nabila ke bilik Nabila sendiri.
Tangan Nabila digengamnya. Selesai sahaja majlis tadi, Danish terus masuk ke bilik kakaknya dan langsung tidak melangkah keluar.
"Kakak, Danish mintak maaf. Jangan tinggalkan Danish.."
Setitik demi setitik air mata Danish mengalir. Dia langsung tidak sanggup kehilangan kakaknya buat kali kedua.
Cukuplah dahulu kakaknya berubah sehinggakan dirinya sendiri terkena tempiasnya.
Jujur Danish tidak sanggup.
"Awak.."
Suara Alya menyapa telinga Danish. Badan Alya terus dipeluknya, Danish sebak, tersangat sebak.
Alya mengusap belakang suaminya. Dia tahu betapa rapatnya dan betapa manjanya Danish dengan Nabila.
Dia tidak ambik hati langsung, sebab dia tahu Nabila siapa kepada Danish. Lagipun mereka berdua adik-beradik kandung, tak akan buat sebegitu pun salah kan?
"Awak kena mandi tau.. Nanti tak akan nak biarkan kak Nabila bangun dan bau badan awak yang masam ni?"
"Tapi saya tak nak.."
"Saya akan jagakan okay? Sudah, pergi mandi sana. Mandi bersih-bersih tau?"
Danish mengangguk. Dia terus bangun dan meninggalkan Alya yang masih berdiri di sebelah katil Nabila.
Alya mula duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Nabila. Dia memandang kakak iparnya yang masih tidur dengan lena.
"Kakak, Alya janji, Alya akan jaga Danish dan sayangkan Danish macam mana kakak sayang dan jaga Danish. Itu janji Alya."
Alya terus menarik telefonnya keluar dan menatap telefon bimbitnya. Dia harus berada di dalam bilik ini dan menjaga Nabila sehingga Danish habis mandi.
Nabila yang mendengar ayat dari Alya itu mengukirkan senyuman kecil. Dia tak salah membuat pilihan.
'Akak lepaskan Danish kepada Alya, akak janji akan sokong kebahagiaan kamu berdua.'
Dan selepas itu, Nabila masuk ke dalam tidurnya semula.
:3
Bersambung
Maaf pendek, tapi saya tak ada idea sangat.
Apa-apa pun, jangan lupa vote dan share ye?
Assalamualaikum!
YOU ARE READING
(✔) Encik CEO VS Cik Penulis
RomanceKisah antara CEO bujang yang panas baran , suka mencarut , terkenal serta mempunyai kacukan dengan Penulis anak dara yang nakal , garang , pemalu kadang-kadang serta sangat diminati . Semuanya bermula hanya dengan sebuah kemalangan yang menyatukan m...