BAB 16 : ❣️

394 24 0
                                    

:3

PERLAHAN-LAHAN kakinya melangkah turun tangga yang besar di tengah-tengah istana. Tengku Irfan yang melihat tunangnya turun tangga itu mula berdiri dari duduknya di sofa.

Nabila mengukirkan senyuman saat matanya melihat Irfan yang sedang berlari kecil ke arahnya.

Ye, Irfan dan Nabila bertunang dua hari selepas Tengku Razaleigh keluar daripada hospital.

"Nabilaaaaaaaaaaaaaa!"

Suara jeritan Irfan bergema di istana tersebut. Nabila membuat keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan Tengku Iliana dan Tengku Razaleigh manakala rumah teres miliknya dan Danish itu diberikan kepada Danish dan Alya.

Seluruh keluarga keturunan Tengku Razaleigh terus ternganga bibir mereka berdua. Terkejut dengan apa yang mereka lihat ini.

Ini ke Tengku Irfan yang bermulut kurang ajar dan tidak pernah senyum itu akhirnya menjadi perangai kanak-kanak sebegini sekali?

Bekas teman wanita Irfan pun tidak pernah mendapat membuatkan Irfan menjadi kanak-kanak apabila keberadaannya.

"Ye Irfan, aku ada je dekat sini, janganlah terjerit, kesian semua orang."

"Biar je diorang! Aku rindukan kau ni! Lambat kau turun!"

"Maaf, baru selesai update cerita. Jom kita pergi ruang tamu, semua dah menunggu."

Irfan mengangguk laju. Dia berdiri bersebelahan Nabila dan berjalan bersama-sama ke ruang tamu utama. Sampai sahaja di ruang tamu, Nabila mula membongkokkan badannya dihadapan keturunan diraja.

"Maaf saya lambat turun."

"Its okay, dear. Nabila sihat?"

"Sihat sahaja Datin Rose."

"Kenapa nak berdatin-datin ni? Kita kan bakal jadi satu keluarga, panggil sahaja mummy."

"B-baiklah mummy."

"Duduk sini kakak!"

Suara Tengku Iriana menarik perhatian Nabila. Nabila mengangguk kecil dan mula duduk bersebelahan dengan Tengku Iriana.

Tengku Idran dan Tengku Idham pula tersengih. Cantik dan comel serta kecik sahaja bakal adik ipar mereka ini. Sudahlah baik dan pandai masak, bertuahlah Irfan.

"Nabila panggil sahaja abang Id dan yang sebelah abang Id ni, panggil dia abang Idham manakala panggil Iriana ni sebagai Ana sahaja tau? Jangan malu-malu, kita bakal jadi sebuah keluarga pun."

"Ahh baiklah, saya cuma malu sedikit sebab ini masih perkara baharu."

"Kami tahu, jadi biasakan diri."

"Ha tak payah nak berbual kosong. Nenda ajak semua pulang ini untuk membincangkan tentang perkahwinan Nabila dan Irfan serta tarikh perkahwinan mereka berdua."

"Nenda nak bincang apa?"

"Bincang tentang warna nanti, pilihan baju, baju untuk pengapit, baju untuk flower boy and girl, di mana tempat perkahwinan mereka berdua dan makanan apa yang akan dihidang nanti."

"Banyaknya! Macam mana mummy dengan daddy uruskan perkahwinan Idham dulu? Idran yang dengar pun takut sebenarnya."

"Macam tu lah. Susah macam mana pun, akhirnya bersatu jua mereka berdua ini."

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now