BAB 27 : ❣️

344 22 4
                                    

:3

PERLAHAN-LAHAN kakinya melangkah ke arah katil. Tengku Irfan tersenyum kecil apabila melihat wajah pemilik hatinya yang nyenyak tidur di atas katil milik Irfan.

Irfan terus duduk di atas katil tersebut. Apabila dirinya mula duduk, Nabila tersedar dari tidurnya kerana gangguan pada katil itu.

“Ahh tidurlah balik.. Maaf I ganggu you

Nabila menggeleng dan mula duduk sambil bersandarkan kepala katil. Mata Nabila menatap wajah Irfan yang nampak sangat tertekan ketika ini. Tangan Nabila naik mengusap pipi Irfan.

“Sayang I ni kenapa, hm? Apa berlaku tadi?”

Mendengar soalan daripada Nabila, berjaya membuatkan Irfan mengalirkan air mata. Teresak-esak Irfan menangis sambil kepalanya tertunduk sekali.

Nabila mengukirkan senyuman. Tangan Nabila naik mengusap badan belakang Irfan. Dia tahu, tunangnya sedang sedih dan tertekan ketika ini.

“Nangislah, jangan risau, okay? Nabila tetap ada di sisi Irfan, sampai bila-bila..”

“B-betul ni? N-nabila janji tak akan t-tinggalkan Irfan?”

“Yup, Nabila janji. Kita pun akan jadi suami isteri kan? Mestilah Nabila kena ada di sisi Irfan sampai bila-bila.. Itu satu-satunya janji Nabila untuk Irfan yang seharusnya Irfan pegang, okay?”

Irfan mengangguk dan terus badan Nabila dipeluknya. Walaupun Irfan tahu perkara ini salah, tetapi dia seperti dikawal.

Irfan tak boleh kawal dirinya. Selepas sahaja memeluk Nabila, tangisan Irfan semakin menjadi-jadi. Nabila yang faham situasi cinta hatinya itu, hanya mengusap belakang Irfan.

Remember this okay? I always love you no matter what, Irfan. Always strong for me and for yourself, okay?

Perlahan-lahan Irfan mengangguk. Tidak henti Nabila berusaha menenangkan tunangnya. Entah kenapa, dia seperti merasakan ini saat terakhir dia memeluk tunangnya.

Walaupun perkara yang mereka berdua lakukan ini sangat salah disisi agama, tetapi Nabila rasakan yang dia tidak boleh melepaskan pelukan tersebut.

Dia hanya mahu menenangkan Irfan, lelaki yang sentiasa ada semasa dirinya susah dan senang. Lelaki yang sentiasa menceriakan hari-harinya dan lelaki yang tidak jemu memujuk dirinya ketika merajuk dan marah.

Paling penting, lelaki yang tidak pernah mengalah untuk dirinya sehingga kini. Hanya Irfan, satu-satunya cinta yang Nabila cintai sehingga mati.

Nabila ingin menjadi kekuatan untuk Irfan walaupun dia merasakan dirinya tiada peluang selepas ini. Dia berjanji akan menjadi sumber pertama untuk Irfan kuat di dalam dunia ini.

I sayang you, kerana Allah. Sampai bila-bila, hanya you yang akan kekal di hati I..

Nabila tidak tahu ingin berbisik apa lagi untuk Irfan, jadi Nabila tidak henti bisikkan ayat-ayat cinta untuk buatkan Irfan gembira.

Selalunya, Irfan suka apabila Nabila sweet dengan Irfan dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada Irfan.

“Saya cintakan awak, Irfan..”

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now