BAB 25 : ❣️

358 20 3
                                    

:3

TENGKU Adam memandang tepat kertas yang dihulurkan oleh penyiasat yang diupahnya. Penyiasat persendirian ini diupah untuk menyiasat keturunan keluarga Tengku Razaleigh.

Gambar ahli keluarga Tengku Razaleigh ditatap Tengku Adam. Melihat wajah arwah Tengku Railegh yang tersenyum itu membuatkan Tengku Adam teringat akan Nabila.

“Kau pasti ni gambar keluarga Razaleigh?”

“Ye Tengku. Ni gambar keluarga mereka semasa Tengku Railegh berusia 28 tahun. Pada usia Tengku Railegh 29 tahun, dia telah mati akibat kanser.”

“Ada apa-apa info tentang Tengku Railegh?”

“Apa yang saya dapat ialah, Tengku Railegh mempunyai seorang tunang sebelum dia mati. Tunangnya masih tidak berkahwin kerana setia cintanya kepada Tengku Railegh dan amat gilakan wajah arwah tunangnya.”

“Ahh patutlah. Wajah Nabila pun mampu buat aku dengan Irfan gila, mesti wajah Tengku Railegh mampu buat orang lain gila, betul tak?”

Penyiasat persendirian itu mengangguk. Tengku Adam tersenyum sinis.

“Lelaki tua ni masih hidup?”

“Ye, dia tinggal di Taiwan sekarang bersama-sama adik-beradiknya.”

“Hantar gambar Nabila dengan Irfan kepada lelaki tua ni. Biar dia terkejut dan pulang ke Itali.”

“Baik Tengku. Saya beredar dahulu.”

Tengku Adam mengangguk. Dia sudah merancang perancangannya. Dia akan buatkan tunang arwah Tengku Railegh berjumpa Nabila.

Akibat cintanya yang sudah mati itu, akan membuatkan lelaki itu gila. Jadi, Tengku Adam memikirkan bahawa jikalau lelaki tua itu pulang ke Itali hanya keberadaan Nabila di situ, pasti akan kecoh satu keturunan tersebut.

Apa yang dielakkan, akan berhasil jua.

Memikirkan idea yang dia fikirkan ini membuatkan Tengku Adam tersengih. Yang pasti, rancangannya akan berjaya.

Dia tidak seperti Lisa, memikirkan untuk membuatkan Nabila gila. Jikalau Nabila gila pun, Tengku Adam sanggup menjadikan isteri asalkan Nabila layannya setiap hari.

Itu yang Lisa silap. Membunuh dan menyeksakan mental tak akan membuatkan Irfan kurang sayang kepada Nabila.

Irfan jatuh cinta dengan sikap Nabila dan bersetuju untuk menjadikan Nabila tunangnya. Tak akan senang-senang Irfan ingin memutuskan pertunangan untuk bekas teman wanita yang curang serta kikis harta itu.

“Lisa lisa.. Kita tunggu siapa yang dapat hak dia semula.. Kau akan kalah..”

Gambar Nabila ketika waktu zaman persekolahan yang berada di dalam frame di meja kerja Tengku Adam, ditatap Tengku Adam.

Wajah itu diusapnya. Sungguh, Tengku Adam menyesal mempermainkan cinta Nabila.

Jikalau dia tidak mengikut hawa nafsunya, mesti Nabila dan dirinya sudah berkahwin saat ini. Dia rasa menyesal kerana meninggalkan Nabila dengan cara curang belakang.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now