BAB 28 : ❣️

349 20 0
                                    

:3

SETITIK demi setitik air mata Irfan jatuh saat melihat Nabila yang terbaring lemah di atas katil hospital dengan pelbagai benda yang dicucuk di tubuh Nabila.

Dirinya rasa menyesal, sangat menyesal. Sepatutnya, dia sebagai seorang lelaki dan juga tunang Nabila yang seharusnya berada di atas katil tersebut, bukannya Nabila.

Nabila disahkan koma selepas diselamatkan oleh doktor-doktor pakar perubatan di Itali. Doktor-doktor tersebut berusaha menyelamatkan Nabila.

Jikalau gagal menyelamatkan Nabila, mereka akan dibuang kerja dan disaman oleh Tengku Rahaleigh dan Tengku Razaleigh.

Tembakan yang dilepaskan itu memang tepat menusuk di jantung Nabila. Walaupun agak sukar, akhirnya peluru tersebut berjaya dikeluarkan.

Cuma Nabila koma kerana kehilangan banyak darah ketika pembedahan dijalankan.

Tengku Idham melangkah ke arah adiknya yang tidak henti mengalirkan air mata dari semalam. Selepas sahaja Nabila disahkan koma, Irfan seakan-akan orang mental.

Asyik menangis dan tidak berhenti menatap wajah Nabila. Irfan hanya mahu berada disisi tunangnya.

Tangannya naik menyentuh bahu Irfan. Tengku Idham mengukirkan senyuman kecil. “Irfan, sudahlah tu. Bangun, pergi basuh muka sana.”

“Tak nak.. Irfan nak jaga Nabila..”

Tengku Idham mengeluh kecil. Dia terus memeluk bahu adik lelakinya. Dia mengusap perlahan rambut Irfan.

“Aku tahu kau risau dan sayangkan Nabila, tapi, kau rasa Nabila nak ke tengok tunang dia sendiri macam ni? Aku dengan Bunga ada jaga Nabila, jangan risaulah..”

“I-irfan tahu cuma..”

“Tak ada cuma-cuma. Kalau kau sayangkan Nabila, kau kena bangun dan pergi basuh muka. Lepas tu solat dekat surau, mintak pertolongan Allah sana.”

Perlahan-lahan Irfan mengangguk. Dia mula berdiri. Dirinya menuju ke arah wajah Nabila dan ditatapnya dengan penuh kasih. Air matanya menitik di atas wajah Nabila.

Tengku Idham dan Nur Bunga hanya melihat dengan perasaan kasihan. Irfanlah orang paling sedih saat Nabila dimasukkan hospital.

Haji Husin, Hajah Hidayah dan Danish bersama-sama menuju ke masjid selepas mendapat berita bahawa Nabila selamat dibedah. Mereka bertiga ingin meminta pertolongan yang Maha Esa, dan juga ingin berterima kasih atas membenarkan Nabila bernafas di muka bumi ini lagi.

Setelah kelibat Irfan melangkah keluar dari wad Nabila, Tengku Idham menarik Nur Bunga untuk duduk di sofa yang berada di dalam wad peribadi Nabila.

Perut Nur Bunga diusapnya lembut. Mereka berdua saling berpandangan.

“Kesian kan Irfan tu, abang? Mesti dia sedih sangat.”

“Itulah, abang tak pernah lagi tengok Irfan macam tu. Masa Lisa tinggalkan Irfan pun, tak ada seteruk tu Irfan jadinya. Ini pertama kali.”

“Yelah, dah Nabila satu-satunya gadis yang langsung tak pandang harta Irfan. Diorang kenal pun tanpa Nabila tahu diri Irfan yang sebenarnya, kan?”

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now