BAB 5 : ❣️

532 30 3
                                    

:3

TAN Sri Dato Tengku Iman hanya memandang adik kandung perempuan yang berada dihadapannya.

Ini pun, perjumpaan mereka adalah secara rahsia. Adik perempuannya sudah lama menjauh dari keluarga kandungnya sendiri.

Sejujurnya, Tan Sri Dato Tengku Iman adalah berasal daripada keturunan diraja. Disebabkan itu panggilan Tengku ada di nama dirinya dan anak-anaknya yang lain.

Adik perempuan yang berada dihadapannya pula tidak memberitahu sesiapa tentang nama penuhnya.

Dia berusaha membuang nama Tengku itu kerana tak mahu orang tahu asalnya.

Nama keluarganya iaitu Zhong juga berusaha dibuangnya. Bukan kerana tak suka, cuma dia tak mahu berada dalam keluarganya lagi.

"Abang nak apa jumpa adik dekat sini?"

"Abang rindukan adik sendiri, salah ke?"

"Kalau orang nampak macam mana? Tak ke salah faham nya nanti?"

"Rose kenal adik, dia okay je. Baliklah adik, bonda dengan ayahanda rindukan adik."

"Tak nak dan tak akan. Adik dah lama putuskan hubungan keluarga kita. Adik tak akan balik sana lagi."

"Tapi In-"

"Jangan sebut nama sebenar adik. Adik dah buang nama tu, lupa ke? Adik dah ubah nama adik."

Tan Sir Dato Iman mula mengeluh. Susah betul nak pujuk adiknya yang jenis degil dan panas baran.

Kerana itulah masalah adiknya dengan bonda dan ayahandanya masih belum diselesaikan lagi.

"Adik, sudahlah tu, cuba beralah sikit. Bonda dan ayahanda dah lama nak jumpa adik. Diorang dah menyesal adik."

Tangan adiknya mula digengam. Dia membuat wajah kesian.

"Tak nak! Adik benci dengan apa yang bonda dan ayahanda buat dekat adik! Adik dah ada keluarga adik sendiri, adik nak bahagiakan suami dan anak-anak adik, cukuplah, biarkan adik bebas."

"Tapi adik, tolong, untuk abang, jumpa bonda dengan ayahanda sekali je."

Adiknya terus berdiri. Dia memegang erat beg miliknya.

"Adik nak balik, nak masak untuk suami adik."

Apabila adiknya ingin berjalan pergi, Tan Sri Dato Iman mula mengatakan perkara yang teringin sangat dia katakan.

"Ayahanda nak mangkat. Bonda mengalami kanser tahap 3. Kalau adik tak nak balik sebelum bonda dan ayahanda pergi, terserahlah. Apa-apa, telefon sahaja abang, Assalamualaikum."

Terus, Tan Sri Dato Iman Zhong beredar meninggalkan adiknya yang masih terpaku.

Hati adiknya tiba-tiba rasa sesak. Dia rasa bersalah sangat. Seperti anak derhaka.

Setitik air matanya mengalir. Kenapa kuat sangat dugaan yang kau berikan kepada aku, ya Allah?

"B-bonda.. Ayahanda.."

Dia mula menunduk.

:3

Nabila fokus menaip sesuatu di laptop miliknya. Esok pagi, baru dia dan Danish pulang ke Kuala Lumpur semula.

(✔) Encik CEO VS Cik Penulis Where stories live. Discover now